Selamat Hari Guru 2010


Dalam Bulan Mei banyak hari yang akan disambut salah satunya adalah Hari Guru yang jatuh pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Tahun ini secara rasminya hari guru akan disambut di Universiti Malaysia Pahang.


TEMA HARI GURU 2010
2010 Guru Pembina Negara Bangsa



IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


LAGU GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Selamat Hari Guru semua........

0 comments:

Warna-warni Sukan SKPJ 2010

Kejohanan Sukan SK Padang Jawa telah dilangsungkan pada 25.4.2010.
Kejohanan telah berjalan lancar dan dilangsungkan di Komplek Sukan Negara
Seksyen 21 Shah Alam.

Di sini beberapa paparan warna warni semasa kejohanan tersebut berlangsung.


Klik 2X pada gambar untuk paparan slide show.

Rumah sukan yang menjuarai musim SKPJ2010 klik di sini.

0 comments: