Puasa 2012






Lafaz niatLafaz pendek setiap malam:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap setiap malam:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Salam menempuh Ramadhan al Mubarak.
Semoga mendapat keberkatan.

Doa Berbuka Puasa:
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya : Ya Allah kerana Engkau aku telah berpuasa, kepada Engkau aku telah beriman, dan dengan rezki Engkau aku telah berbuka dengan rahmatMu, wahai sebaik-baik Pemberi Rahmat..Amin....


...

0 comments:

KSSR Tahun 3

1. BM
    DPrestasi: klik sini A

2. ENGLISH
    DPrestasi: klik siniA

3. B.ARAB
    DPrestasi: klik siniA

3. DUNIA SAINS TEKNOLOGI, klik link bawah: satu bakul dapat,
    termasuk DS, DP, Modul, Pemetaan dll.


4. MATEMATIK
    DPrestasi: klik siniA

5. AGAMA
    DPrestasi klik siniA

6. DUNIA SENI
    DPrestasi: klik siniA

7. PENDIDIKAN JASMANI
   DPrestasi: klik siniA

8. PENDIDIKAN KESIHATAN
    DPrestasi: klik siniA

9. DUNIA MUZIK
   DPrestasi: klik siniA

11. MORAL
     DPrestasi: klik siniA




sembang-sembang KSSR:
http://forum.engkabang.net/index.php?topic=50049.0







....

0 comments:

HANDSET DI SEKOLAH?

GARA-GARA HANDSET DICADANG UNTUK DIBENARKAN DIGUNAKAN DI SEKOLAH,
BANYAK PERSOALAN PRO DAN KONTRA BERLEGAR-LEGAR DALAM KEPALA 
GURU DAN MASYARAKAT.

APA-APA PUN IANYA AKAN ADA KESANNYA.
SEMOGA BERHEMAH SEMUA YANG TERLIBAT


....

0 comments:

Sukaneka 2012

Temasya sukaneka ini telah diadakan pada 14 Julai 2012, di tapak perhimpunan SKPJ yang hanya melibatkan murid tahap 1 sahaja. Suasana sungguh meriah dengan kehadiran ibubapa sebagai penyokong setia. Syabas semua.

Sedikit foto-foto untuk dilihat. Klik link dibawah.
http://www.facebook.com/media




....

0 comments: