Inisiatif Jalur Lebar Negara







Pakej Komunikasi Belia (Rebat 200)





 Syarat-syarat kelayakan permohonan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200)

Menurut SKMM senarai ini akan ditambah dari semasa ke semasa. Melalui Pakej Komunikasi Belia ini juga pelbagai syarikat telekomunikasi akan menawarkannya. Ia turut serta dengan kerjasama pengedar rasmi yang mana akan memaparkan banner khas pada kedai mereka.

Pendaftaran untuk rebat sebanyak RM200 ini akan bermula daripada 1 Januari 2013 akan datang dan boleh mendaftar melalui laman rasmi SKMM. Syarat untuk mendapatkan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200) ini ialah :-
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.

Update : Semalam (2/1/2013) Hasil daripada desakkan belia dan mesyuarat yang diadakan kementerian, kerajaan semalam telah bersetuju dan mengumumkan Rebat RM200 dalam Pakej Komunikasi Belia boleh digunakan untuk membeli semua jenis telefon pintar bagi belia yang berumur 21 hingga 30 tahun ke atas. Sebelum ini seperti post diatas hanya 23 jenis telefon pintar dibawah harga RM500 sahaja yang dibolehkan dibeli dengan Rebat RM200.

Update : (12/1/2013) Mengikut angka terkini yang dikongsikan pihak SKMM sendiri, ia dikatakan mereka telah melantik lebih 1000 wakil jualan di seluruh negara sehingga hari ini, dan angka wakil jualan ini akan meningkat dari hari ke hari. Daripada laporan rasmi yang dikeluarkan oleh SKMM, mereka mengatakan terdapat lebih 28 jenis telefon yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi dibawah Pakej Komunikasi Belia ini. Namun, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Bernama dan dipetik oleh Harian Metro dan juga Sinar Harian, diperkatakan lebih 70 model telefon pintar boleh dipilih belia melalui Pakej Komunikasi Belia. Berikut adalah  28 model yang dimaksudkan :
  1. Apple iPhone
  2. Samsung Galaxy S3
  3. Samsung Galaxy Mini 2
  4. Samsung Galaxy S3 Mini
  5. Samsung Galaxy Y
  6. Samsung Galaxy Note 2
  7. Samsung Galaxy Ace Plus
  8. Samsung Galaxy Note
  9. Samsung Galaxy Nexus
  10. LG Optimus LE E400
  11. HTC Desire C
  12. HTC One X
  13. HTC Wildfire S
  14. HTC Desire X
  15. HTC One S
  16. Nokia Asha 311
  17. Sony Xperia Tipo Single
  18. Sony Xperia SL
  19. Sony Xperia Ion
  20. Sony Xperia S
  21. Huawei Ascend P1
  22. HTC Windows Phone 8X
  23. Ninetology BlackPearl 2 i9400
  24. Ninetology Stealth 2 i9500
  25. Palette i5300
  26. ZTE Acqua
  27. Yes Buzz 4G Cloud Phone
  28. Insight i9430

SYARAT TUNTUTAN & PERINGATAN:
1. Slip penebusan rebat ini akan luput pada 30 hari selepas permohonan.
2. Sila bawa kad pengenalan /kad kuasa / kad pelajar dan slip ini (jika ada) semasa membuat tuntutan di wakil pengedar.
3. Penebusan rebat ini HANYA boleh dituntut melalui wakil-wakil pengedar yang dilantik oleh syarikat telekomunikasi yang terlibat. (Sila rujuk laman sesawang syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan senarai harga model telefon dan wakil pengedar)
4. Hanya untuk telefon pintar 3G pasca bayar, pra bayar atau penukaran telefon bagi pelanggan pakej data sedia ada yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi sahaja.
5. Permohonan semula hanya dibenarkan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh permohonan.



Senarai syarikat telekomunikasi yang terlibat :

       





 



0 comments:

Kenangan Sepanjang Tahun 2012



0 comments:

Majlis Perpisahan Guru Besar En. Ahmad bin Mohamad yatim





MANTAN GURU BESAR SKPJ, EN. AHMAD BIN MOHAMAD YATIM
JASAMU TETAP DI KENANG..











0 comments:

Bantuan Murid BRIM 1 Malaysia 2013








Bantuan Rakyat 1 Malaysia RM 100 untuk  persekolahan murid SK Padang Jawa akan diagihkan pada hari Khamis, bersamaan 17 Januari 2013. Semua pelajar Warganegara Malaysia layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak mereka masuk sekolah disamping kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa kini. Ibuabapa atau penjaga pelajar dikehendaki hadir bagi menerima bantuan yang akan diagihkan pada hari tersebut. Sekian, harap maklum.







0 comments:

Majlis merelakan yang pergi, mengalukan yang tiba.


Majlis telah diadakan dengan jayanya pada hari Jumaat bersamaan 11 Januari 2013 kerana Pn. Zawiyah, Pn. Supinah, dan Pn. Hemilia yang telah bertukar ke sekolah yang telah ditawarkan manakala menerima guru baru  ke SK Padang Jawa iaitu Guru Besar En. Rozali bin Senik,dan Pn. Suhaida bt Saufi.
 


0 comments:

Pengguna Komputer diminta tutup program JAVA.

WASHINGTON - Jabatan Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) menasihati orang ramai agar menutup sementara perisian Java dalam komputer mereka bagi mengelakkan risiko serangan penggodam. Saranan itu dibuat dalam satu pekeliling pada Khamis lalu susulan kebimbangan yang ditimbulkan oleh pakar-pakar keselamatan komputer. Mereka percaya penggodam-penggodam telah menemui kelemahan dalam kod perisian Java yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti jenayah dan penipuan siber. Java digunakan secara meluas sebagai bahasa teknikal yang membolehkan pengatur cara menulis pelbagai jenis aplikasi internet dalam program perisian lain yang boleh digunakan dalam hampir semua sistem pengoperasian komputer.

0 comments:

Sukatan Pengakap

SUKATAN / SKOP PENGAKAP SEKOLAH RENDAH

1. PENGENALAN
APA ITU PENGAKAP,
SEJARAH,
LOGO PENGAKAP DAN BAHAN,
PENDAFTARAN PENGAKAP,
PERLEMBAGAAN PENGAKAP

2. UNDANG-UNDANG PENGAKAP, PESRSETIAAN PENGAKAP, TABIK. SLOGAN. TEPUK PENGAKAP, IKAR PENGAKAP, ISTIADAT,

3. IKATAN DAN GAJET

4. KAWAD

5. LENCANA, PANGKAT, PAKAIAN, TARAF

6. AKTIVITI

7. ALBUM

8. LAMAN YANG BERKAITAN


0 comments: