Team Building Guru dan Staf Sokongan SK Padang Jawa

    SK Padang Jawa telah mengadakan Program Peningkatan Profesionalisme Guru dan Staf (team building) pada hingga 16 September 2014 di Teratak Riverside, Janda Baik, Pahang.Semua guru dan staf SK Padang Jawa telah terlibat dengan program tersebut. Program ini dijalankan ditanggung sendiri sepenuhnya oleh guru dan staf.
         Tujuan program ini dijalankan agar dapat melahirkan warga kerja yang berkualiti dan berketerampilan dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap positif. Di samping itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan kompetesi, daya saing, barisan produktiviti, kejujuran serta ikhlas dalam bekerja. Di samping itu juga, program ini dapat meningkatkan tahap profesionalisme warga kerja SKPJ, meningkatkan hubungan ukhuwah, serta membina jati diri warga kerja  SK Padang Jawa.

         Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk ceramah, ice breaking, team building, Jungle Tracking, senamrobik dan sesi soal jawab. Pengendali program ini terdiri daripada guru kaunseling sekolah, guru LADAP serta Guru Besar
 SK Padang Jawa. Berdasarkan soal selidik yang diberi, didapati bahawa program ini amat memberi impak khususnya dari aspek hubungan antara warga kerja  SK Padang Jawa serta ilmu pengetahuan berkaitan budaya kerja yang cemerlang dan efektif.

        Kesimpulannya, program ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Para guru dan staf dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab dan seterusnya akan dapat melahirkan warga kerja yang produktif, proaktif dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.






























































































































































































1 comments: