Sejarah Sekolah SKPJ
SEJARAH SK PADANG JAWA
Asal Sekolah
Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Klang telah
ditubuhkan dalam bulan Januari 1954. Pada14 Januari 1954, Tuan Pegawai Daerah
iaitu Tuan Syed Hashim telah mengadakan Minggu Perlkhidmatan bagi mendirikan
bangunan asas sekolah ini.
Bentuk Fizikal Awal
– Panjang bangunan 60 X 20 kaki. Bangunan ini mempunyai 3 bilik darjah
yang dibina dari kayu/papan dan berlantaikan simen dan berbumbungkan zing.
– Nama Asal
Sekolah ini ialah Sekolah Umum Padang Jawa Klang. Pada mulanya ,mempunyai murid
seramai 59 orang dan 2 orang guru. Aliran darjahnya dari darjah satu hingga
darjah lima sahaja. Murid-murid yang naik ke darjah enam telah ditempatkan di
sekolah klang bagi murid lelaki dan Sekolah Bukit Istana Klang bagi murid
perempuan.
– Pada tahun 1967
barulah dimulakan darjah enam dengan murid seramai 15 orang. Oleh kerana
sekolah tidak dapat menampung jumlah
murid yang ramai maka dengan ikhsan
Pejabat Agama, surau kampung serta balai raya telah digunakan untuk menempatkan
murid darjah 5 dan 6.
Pengasas Sekolah
• Pengasas Sekolah Kebangsaan Padang Jawa ialah Tuan
Haji Zainal Bin Hj Hassan. Beliau telah
dilahirkan pada tahun 1970 di Jalan Berangan Kampung Padang Jawa. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Klang sehingga tamat darjah 5 di Kampung
itu beliau juga mendapat pendidikan agama melalui tuan Guru Hj Mahmud.
• Setelah tamat darjah 5, beliau telah ditawarkan
menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru, Klang. Pada sebelah
petang beliau mengajar di kelas dewasa di Masjid Padang Jawa secara sukarela.
Beliau juga mempunyai bakat sebagai tukang gunting rambut.
• Tuan Hj Zainal telah dilantik sebgai Ketua Kampung dan dengan amanat
ini beliau telah berazam untuk mendirikan sebuat sekolah di tempat kelahirannya
itu. Berkat usaha girih beliau beserta rakan-rakannya maka terdirilah sebuah
bangunan kayu secara gotong-royong bersama penduduk –penduduk pada tahun 1954
yang diberi nama Sekolah Umum Kampung Padang Jawa. Selepas itu bangunan itu
telah diserahkan kepada pihak Inggeris yang berkuasa ketika itu.
Sejarah Awal SK Padang Jawa
• Nama sekolah
kebangsaan Padang Jawa adalah dikaitkan
dengan nama kampung di mana terletaknya sekolah tersebut. Nama kampung Padang Jawa pula dipercayai telah ujud sejak awal abad ke 20. Pada ketika itu pembinaan jalan keretapi dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang yang pada masa itu dikenali sebagai Port Swettenham. Salah satu perhentiannya ialah Padang Jawa.
dengan nama kampung di mana terletaknya sekolah tersebut. Nama kampung Padang Jawa pula dipercayai telah ujud sejak awal abad ke 20. Pada ketika itu pembinaan jalan keretapi dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang yang pada masa itu dikenali sebagai Port Swettenham. Salah satu perhentiannya ialah Padang Jawa.
• Kampung Padang
Jawa dipercayai diterokai oleh sekumpulan masyarakat Jawa terdiri dari 7
keluarga yang diketuai oleh Pak Kairan yang mencari penempatan baru dan
mendapati itu sesuai untuk dijadikan sebagai perkampungan. Justeru itu mereka
mengambil keputusan menetap di situ. Mereka pun mula membersihkan satu kawasan
lapang yang merupakan sebuah padang. Berdasarkan keadaan itulah mereka berpakat
menamakan kawasan itu Kampung Padang Jawa. Mereka terus menetap dan
mengusahakan tanaman tembakau.
• Kampung yang
letaknya lebih kurang 6 km dari bandar Diraja Klang itu sebenarnya berhampiran
dengan tempat kediaman orang asli yang dikenali dengan nama Air Kuning.
Walaubagaimanapun hal itu tidak menjadi masalah kerana masyarakat asli itu
menetap jauh ke dalam hutan. Mereka memilih kawasan itu berdasarkan kemudahan
untuk mendapatkan sumber air dari Sungai Klang. Sungai Klang pada masa itu
merupakan jalan utama bagi menghubungkan mereka dengan tempat-tempat lain. Setahun demi
setahun berlalu, komuniti yang sedia ada semakin berkembang samada dari
keluarga itu sendiri atau dari penghijrahan orang luar. Selepas pemerintahan Jepun,
kepentingan mengenai pendidikan mula dititikberatkan. Maka wujudlah sebuah
sekolah di kampung itu pada tahun 1954.
Perkembangan Hingga Kini.
• SK Padang
Jawa mula dibina pada tahun 1954, mempunyai sebuah bangunan yang merangkumi 3
buah bilik darjah. Bangunan ini dibina dari kayu/papan dan beratapkan zing. Pada tahun 1968
bangunan lama diruntuhkan dan diganti dengan sebuah bangunan baru yang
mempunyai 4 buah bilik darjah, sebuah bilik pejabat guru besar dan sebuah
kantin. Kemudahan tandas pam dan paip air dipertingkatkan. Sekolah telah
mendapat bekalan elektrik pada tahun 1975 dan mendapat perkhidmatan telefon
pada tahun 1976.
• Pada tahun1983,
sekolah telah mendapat sebuah lagi bangunan tambah 2 tingkat bagi menampung
jumlah murid yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan saiz kantin yang
sedia ada terpaksa dibesarkan iaitu pada tahun 1984. Oleh kerana
sekolah sering dilanda banjir kilat, kali pertama dalam tahun 19982, maka
tembok telah dibina di sekeliling kawasan sekolah bertujuan mencegah air
melimpah masuk ke dalam kawasan sekolah.Pada tahun
1985, tempat mengambil wuduk telah dibina dan pada tahun 1986 tempat
perhimpunan yang sedia ada (padang berpasir) telah diratakan dengan batu
kerikil dan diturap tar.
• Sebuah bangunan
2 tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah dibina pada tahun 1988 dan
digunakan sepenuhnya pada tahu yang sama. Pada tahun
1992, sekolah mendapat dua buah blok yang mengandungi 4 buah bilik darjah dan
sebuah lagi yang mengandungi 2 buah bilik darjah pada tahun berikutnya. Pada tahun
1994, sebuah bangunan yang mengandungi 12 buah bilik darjah telah dibina dan
ini bermakna sekolah tidak lagi mempunyai padang permainan yang mencukupi bagi
menampung bilangan
Makluman Tarikh Peperiksaan Akhir Tahun 2013
Peperiksaan akhir tahun bagi tahap 1 akan dijalankan pada 8 Oktober 2013 - 11 Oktober 2013 bagi murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Oleh yang demikian, diharap pihak tuan/puan dapat memberi perhatian terhadap perkara diatas dan mengambil tindakan berkatan persediaan peperiksaan untuk anak tuan/puan. Jadula peperiksaan telah ditampal di dalam setiap kelas. Tarikh yang dinyatakan juga adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarng notis. Pihak tuan/puan boleh melihat keputusan peperiksaan secara online paling lewat 2 minggu selepas peperiksaan dijalankan melalui lawan we http://www.saps.moe.gov.my
KFC datang !
SK Padang Jawa telah mengadakan program bersama pihak Kentucky Fried Chicken (KFC) pada 22 Setember 2013. Murid-murid juga berpeluang beramah mesra dengan ikon maskot selebriti KFC yang popular iaitu ‘Chicky’. Selain berhibur, kedua-dua maskot itu juga sempat memberikan tips nasihat kepada semua murid-murid agar sentiasa menjadikan amalan membaca buku sebagai tabiat murni dalam usaha menuntut ilmu. Program ini dilihat dapat merapatkan hubungan SKPJ dengan syarikat-syarikat korporat luar dalam usaha bersama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan murid dan sekolah amnya.
Karnival Kokurilkulum SK Padang Jawa Tahun 2013
Sekolah telah menganjurkan Karnival Kokurikulum pada hari Sabtu bersamaan 21 September 2013 dengan jayanya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan kawad yang dibantu oleh pelajar UITM Shah Alam, pertandingan mewarna, menyanyi, bersajak dan sebagainya. Objektif aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menyemai kesedaran pelajar terhadap kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti di luar bilik darjah. Selain itu, dapat menyeimbangkan antara perkembangan mental dan perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar. Disamping dapat mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan pelajar dan guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)
0 comments: