Sekapur Sireh



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, Laman blog SK Padang Jawa ini dapat disiapkan dengan jayanya. Syabas Nurzafirah bt Zulkifli selaku Juruteknik SK Padang Jawa!

Menyediakan laman blog ini tidaklah semudah yang diucap. Tetapi melaksana atau merealisasikan apa yang dirancang adalah lebih mencabar. Komitmen seluruh sumber tenaga kerja Sekolah Kebangsaan Padang Jawa amat diharapkan untuk menjadikan agenda yang dirancang ini suatu kenyataan. 

Pengembelingan tenaga, usaha, masa, kos, idea dan persefahaman tulus dari hati nurani yang ikhlas dan redha serta kemampuan fizikal setiap individu, para guru dan staf sokongan menjadi tunggak kecemerlangan sekolah.

Prestasi kerja terdahulu perlu perubahan demi perubahan. Budaya kerja berpasukan mesti dipraktikkan dan perlu anjakan drastik. Istiqamah, taat menjalankan sesuatu suruhan secara berterusan termasuk urusan agama, mencari dan mempelbagaikan alternatif lain setiap individu guru dalam melaksana tugas dan tanggungjawab kepada sekolah amnya dan anak didik khasnya ini akan menjadi teras kepada perubahan kejayaan.

Anak didik di sekolah ini perlu digerak, dimotivasi dan disayangi secara berhemah. Mempelbagaikan pendekatan dalam proses pengajaran guru dan pembelajaran murid akan menarik minat murid. Pamerkan kegembiraan, ceria wajah, bentuk kasih sayang, hargai diri mereka dan bimbing mereka. Jana minda mereka dengan ilmu, amal dan akhlak terpuji. Jadikan diri kita sebagai idola. Kenali anak didik kita. Ikhlaskan hati. InsyaAllah terubat segala masalah.

Akhir kata, bersamalah kita melaksana segala perancangan yang disusun atur dengan bijaksana dan berhemah. Segala kelemahan yang ada jadikan iktibar. Segala yang terbaik jadi ikutan.
Sekian, Terima kasih.

0 comments: