Falsafah & Piagam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

             Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara


Falsafah Pendidikan Guru


Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.



Falsafah Pendidikan Islam


Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.







PIAGAM PELANGGAN

MURID:

1.Memberi ilmu pendidikan berkualiti selaras dengan Kurikulum Pendidikan Sekolah Rendah.
2.Memastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan.
3.Berusaha menyediakan pencapaian GRED A bagi semua mata pelajaran USPR.
4.Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar sepanjang waktu persekolahan.
5. Bersedia membantu pelajar  yang memerlukan bantuan persekolahan.
6.Memberi peluang kepada setiap pelajar memperkembangkan potensi positif untuk mempertingkatkan      keterampilan pelajar melalui aktiviti kokurikulum dan pembangunan insan keperingkat tertinggi.
7.Menyediakan dokumen Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Akuan 2 minggu setelah tamat persekolahan.


IBUBAPA / PENJAGA :

1.Sentiasa memberi layanan yang mesra, adil dan bersopan kepada semua ibu bapa.
2.Setiap aduan akan disiasat dan maklumbalas akan diberikan dalam masa tidak lebih dari 3 hari.
3.Setiap cadangan / usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
4.Menjaga keselamatan dan kebajikan murid sepanjang persekolahan mereka.
5.Melaporkan perkembangan akademik dan sahsiah murid dari semasa ke semasa.



STAFF :

1.Memastikan guru-guru masuk kekelas paling lewat 5 minit semasa pertukaran kelas.
2.Mengurus kebajikan guru dan staf sokongan berkaitan perkhidmatan.
3.Menggalakkan guru menyertai kursus anjuran KPM / JPN / PPD untuk pembangunan diri dan  organisasi dari semasa ke semasa.
4.Menyediakan peluang latihan atau kursus pembangunan diri sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
5.menggalakkan guru-guru menggunakan bahan bantu mengajar yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran.
6.Memastikan surat atau edaran guru dapat disampaikan dalam tempoh 1 hari dari tarikh penerimaan surat.
7.Memastikan sebarang masalah / kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil tindakan segera tidak lebih daripada 3 hari.


STAKEHOLDER :

1.Mengambil tindakan terhada arahan dan surat-menyurat selewat-lewatnya 3 hari selepas diterima.
2.Melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh KPM / JPN PPD.
3.Mengambil tindakan kepada semua urusan dalam temoh yang ditetapkan dan sentiasa peka serta bersedia menerima pandangan dan cadangan yang konstruktif.
.

0 comments: