Hari Sukan Sekolah

           Sekolah Kebangsaan Padang Jawa telah mengadakan aktiviti tahunan iaitu Hari Sukan Sekolah pada hari Khamis bersamaan 13 Jun 2013 di Stadium Kompleks Sukan Negara Seksyen 20 dengan jayanya. Acara balapan dan perbarisan sahaja yang dipertandingkan kerana acara lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru telah diadakan di Sekolah seminggu sebelum Hari Sukan Sekolah diadakan. Pemenang rumah sukan keseluruhan pada tahun 2013 ialah rumah Alfa (biru) diikuti rumah Sigma (Merah), Beta (Hijau) dan Gamma(Kuning). Tahniah!












0 comments: