team building guru dan kakitangan SKPJ tahun 2016

               Kursus Team Building telah diadakan di D'Sungai Lepoh Chalet & Kem,Kuala Pangson, Hulu Langat  pada 9-10 April 2016 (2 hari 1 malam). Seramai 68 peserta yang terdiri daripada Pentadbir, Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Padang Jawa telah bersama-masa menjayakan program ini. Perjalanan mengambil masa 55minit dari sekolah ke destinasi yang telah ditetapkan oleh Pengendali Program ini.

               Kursus Team building ini perlu didedahkan khususnya kepada kakitangan awam supaya mereka sedar setiap tugas dan peranan mereka dalam organisasi amat penting bagi memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Unsur-unsur negatif seperti sikap sambil lewa, buruk sangka, hasak dengki, selesa dan lain-lain perlu dikikis dan dihapuskan dari terus wujud dalam setiap diri. Manakala segala unsur-unsur positif perlu dipupuk setiap waktu agar ia terus segar dan kukuh dalam diri setiap individu. Bantulah mereka yang berfikiran negatif dengan persekitaran yang positif agar mereka boleh berubah ke arah yang lebih positif kerana hanya fikiran yang positif dan persekitaran yang positif sahaja yang boleh menghasilkan kejayaan individu dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Bagaimana semangat team building ini dapat terus wujud dan kekal ditempat kerja dan bukan hanya ditempat berkursus?

2 comments: