Berenang menuju ke sekolah


SUMBA TIMUR - Kita biasa mendengar murid-murid ke sekolah dengan berjalan kaki, tetapi lain halnya yang berlaku di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur apabila murid sekolah rendah di sini terpaksa mengharungi arus deras sungai semata-mata untuk menuntut ilmu.

Itulah pemandangan biasa yang berlaku setiap pagi apabila kira-kira 20 murid Sekolah Rendah Inpres (SDI) Maulumbi, Mukim Kanbera terpaksa berenang dalam keadaan telanjang bagi mengelakkan pakaian seragam dan buku sekolah mereka basah.

Bukan sahaja perlu mengenepikan rasa malu, murid-murid berumur tujuh tahun hingga 15 tahun itu juga terpaksa menyeberangi arus deras Sungai Maulumbi yang turut dihuni buaya untuk pergi dan balik dari sekolah.

Pelajar-pelajar itu terpaksa menanggalkan pakaian seragam sekolah dan kasut mereka bagi mengelakkan ia basah sebelum menyimpannya di dalam beg sandang yang turut diisi kelengkapan lain sekolah.

Mereka bukan sahaja akan berada di dalam sungai untuk tempoh 10 minit, tetapi juga terpaksa berenang di tengah sungai yang agak dalam.

Setelah tiba di seberang, mereka perlu memakai semula pakaian seragam dan kasut sekolah sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa.

Di tebing sungai, beberapa penjaga atau ibu bapa yang prihatin boleh dilihat menemani anak mereka, malah ada antaranya yang turut bersama menyeberangi sungai kerana bimbangkan keselamatan anak serta ancaman daripada buaya.

"Setiap pagi saya akan hantar anak menyeberangi sungai untuk ke sekolah. Saya juga akan menjemputnya pada waktu petang.

"Arus Sungai Maulumbi agak deras, buaya pula sering dilihat di sini. Saya bimbang akan keselamatan anak," kata Erlin Konda Nguna, 23.

Ibu muda itu berkata, murid-murid sekolah rendah yang tinggal di Sumba Timur juga terpaksa ponteng sesi persekolahan sekiranya banjir besar berlaku.

"Memang ada sampan di sini, tetapi hanya ada sebuah dan tidak mampu memuatkan semua orang pada satu-satu masa," katanya. - Agensi

sumber: utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_10.htm

0 comments:

Salam Aidilfitri , Salam Merdeka, Salam Menempuh UPSR 2011...

Kali ini dibulan yang baik dan mulia ini, kita bakal menempuh hari-hari berkat-bersejarah-dan mencabar. Dalam tempoh dua bulan ini rakyat Malaysia akan menghadapi puasa ramdhan dan Aidilfitri, juga bulan Kemerdekaan Malaysia dan peperiksaan UPSR-PSRA bagi anak-anak Tahun 6 seluruh Malaysia.

Moga di bulan ramadhan ini kita mendapat keberkatan dari Nya.

Di bulan Kemerdekaan kita mengenal sejarah tanahair.

Cabaran UPSR dan PSRA kita berdoa kejayaan mereka.

Salam semua moga cekal menempuhnya.

...
Tarikh peperiksaan:
*UPSR - (13-15 Sept 2011)
*PSRA - (19-22 Sept 2011

0 comments:

Niat Puasa , Doa Buka Puasa 2011





Lafaz niatLafaz pendek setiap malam:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap setiap malam:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Salam menempuh Ramadhan al Mubarak.
Semoga mendapat keberkatan.

Doa Berbuka Puasa:
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya : Ya Allah kerana Engkau aku telah berpuasa, kepada Engkau aku telah beriman, dan dengan rezki Engkau aku telah berbuka dengan rahmatMu, wahai sebaik-baik Pemberi Rahmat..Amin....


...

0 comments:

Selamat Hari Guru 2011


Dalam Bulan Mei banyak hari yang akan disambut salah satunya adalah Hari Guru yang jatuh pada tanggal 16 Mei setiap tahun.
TEMA HARI GURU 2011
Guru Penjana Tranfomasi Pendidikan Negara.

IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


LAGU GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Lagu Guru Malaysia boleh nyanyi bersama-sama...selamat hari Guru.



....

0 comments:

e-Operasi data baru yang perlu diisi oleh guru

Semua guru kini dilibatkan lagi dengan laman baru yang mesti diisi
iaitu E Operasi. Kebanyakan laman ini adalah bersifat data peribadi
guru-guru di Malaysia.

Data ini digunakan bagi pertukaran guru-guru Malaysia di sistem e-GTukar
secara online. Oleh itu, jika guru-guru tidak register di dalam e-Operasi
mungkin guru akan menghadapi masalah dalam e-GTukar.

Untuk orang baru klik link dibawah:

http://apps.moe.gov.my/eoperasi/index.cfm?CFID=2039512&CFTOKEN=15895725

Sebagai panduan bagi yang mahu register, anda boleh lihat panduan dibawah.
Anda boleh klik 2 x pada gambar untuk pembesaran.


0 comments:

Gempa Bumi dan Tsunami Jepun 2011



Gegaran gempa 8.9 pada skala Richter di laut Sendai , Jepun yang mengakibatkan berlakunya ombak tsunami setinggi 10 meter yang melanggar Jepun pada jam 3.00 petang waktu Malaysia pada 11 Mac 2011. Ia dikatakan gempa yang terkuat di Jepun dalam tempoh 140 tahun.

Dari segi geologi, keadaan gelinciran plat bumi di sekitar laut Jepun yang mengakibat gempa bumi berlaku. Seterusnya menolak satu gelombang air yang besar membentuk ombak yang dikatakan Tsunami atau "ombak jahat".

Bencana alam yang bukan saja merosakkan harta benda tetapi nyawa manusia serta mengegarkan loji nuklear di Jepun, yang akhirnya radiasi nuklear terbebas dalam tanah dan udara. Kejadian ini hampir menyamai kesan Loji Nuklear di Chernobyl(klik di sini, untuk cerita lanjutnya).

Radiasi nuklear ini dikatakan satu bahan yang sangat merbahaya kepada kesihatan manusia yang boleh menyebabkan terjadinya barah(kanser) dan merosakan sel kromosom manusia, yang akhirnya boleh mencacatkan bayi di dalam kandungan.

Bahan nuklear ini digunakan diloji-loji di Jepun untuk menjanakan sistem elektrik untuk kegunaan rakyatnya. Kegunaan lain bahan nuklear ini juga sebagai bahan senjata yang maha hebat di atas alam ini untuk dijadikan "senjata nuklear" dalam peperangan.

Bahan nuklear menjadi rebutan bagi negara-negara maju dan negara yang berbangga dengan bahan asas untuk senjata pemusnah yang maha kuat ini. Antaranya negara USA, Perancis, Jepun, Korea Utara, India, China, Pakistan, Israel dan Iran.

Jepun adalah negara yang terletak di atas 4 plat tektonik yang mudah gelincir dan berlakunya gempa. Oleh itu tidak hairanlah Jepun banyak mengalami siri-isri gempa bumi yang teruk antaranya:
-gempa bumi Kashiwazaki 2007
-gempa bumi Nigata 2004
-gempa bumi Kobe 1995
-Gempa bumi Niigata 1924
-Gempa bumi Tokyo 1923
-Gempa bumi Hari Marine

0 comments:

Cerita dari HAMKA

‘Senanglah Hatimu’

Di hadapan tugu kesedihan, berdirilah seorang pemimpin besar, sedang berpidato di hadapan beribu-ribu umat. Antara isi pidatonya antara lain ialah:

“Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan segala yang sulit-sulit. Segala perbuatanmu dihargai orang, engkau beroleh pujian di mana-mana. Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapan engkau terhampar permaidani kepujian, sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan.

Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati, dan tidak ada pintu bagi kebencian”.

Kalau engkau dermawan, senangkahlah hatimu! Kerana dengan dermawan, engkau dapat mengisi tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh yang telanjang, engkau tegakkan orang yang telah hampir roboh. Dengan sebab itu engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau beroleh bahagia. Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu. Kesenangan hatimu yang tadinya cuma satu, sekarang akan berlipat ganda, sebab telah banyak orang lain yang telah mengecap nikmatnya.

Kalau sekiranya engkau tak kuasa jadi dermawan, itu pun senangkan pulalah hatimu! Sebab engkau tidak akan bertemu dengan suatu penyakit yang selalu menular kepada masyarakat manusia, iaitu tiada membalas guna, penghilangkan jasa. Mereka ambil kebaikan budi dan kedermawananmu itu jadi senjata untuk menjatuhkan tuduhan-tuduhan yang rendah. Saat yang demikian mesti datang kepada tiap-tiap dermawan, yang menyebabkan hati kerapkali patah dan badan kerapkali lemah, sehingga hilang kepercayaan kepada segenap manusia, disangka manusia tidak pembalas guna. Padahal langkah belum sampai lagi kepada puncak kebahagiaan dan beroleh ampunan dari tuhan.

Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hatimu! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun. Tujuan kenang-kenangan masih jauh. Sebab umurmu masih muda, mudahlah bagimu menjadikan mimpi menjadi kenyataan yang sebenarnya.

Kalau engkau telah tua, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit, dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang berguna di dalam sekolah hidup. Engkau telah tahu firasat, mengerti gerak geri manusia dan tahu ke mana tujuan jalan yang ditempuhnya. Oleh sebab itu, segala pekerjaan yang engkau kerjakan itu kalau engkau suka lebih banyak akan membawa faedah dan lebih banyak tersingkir daripada bahaya. Satu detik daripada umurmu di masa tua, lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun di zaman muda, sebab semuanya telah engkau lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit.

Kalau engkau dari keturunan yang mulia-mulia, tenangkanlah hatimu! Kerana dirimu tergambar dan terpeta di dalam hati tiap-tiap sahabat itu. Kalau engkau memang di dalam kalangan sahabat yang banyak itu, lazat rasanya kemenangan, dan kalau kalah tidak begitu terasa. Lantaran banyaknya orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, engkau dapatlah insaf, tandanya harga dirimu mahal dan timbanganmu berat. Yang penting ialah engkau dapat keluar dari penyakit mementingkan diri seorang, memandang hanya dari penyakit mementingkan diri seorang, memandang hanya engkau yang benar, lalu masuk ke dalam daerah yang baru, iaitu mengakui bahawa ada lagi orang lain yang pintar, yang berfikir dan kuasa menimbang.

Jika musuhmu banyak, senangkan pulalah hatimu! Kerana musuh-musuh itu ialah anak tangga untuk mencapai kedudukan yang tinggi. Banyak musuh menjadi bukti atas sulitnya pekerjaan yang engkau kerjakan. Tiap-tiap bertambah maki celanya kepada engkau, atau hasad dengkinya, atau mulutnya yang kotor dan perangainya yang keji, bertambahlah teguhnya pendirianmu bahawa engkau bukan barang murah, tetapi barang mahal, dari celaannya yang benar-benar mengenai kesalahanmu, engkau dapat beroleh pelajaran. Mula-mula maksudnya hendak meracunimu dengan serangan-serangannya yang kejam dan keji, maka oleh engkau sendiri, engkau saring racun itu dan engkau ambil untuk pengubat dirimu mana yang berfaedah, engkau buangkan mana yang salah.

Ingatlah: Pernahkah seekor burung helang yang terbang membubung tinggi memperdulikan halangan burung layang-layang yang menghalanginya?

Kalau badanmu sihat, senangkanlah hatimu! Tandanya telah ternyata pada dirimu kekayaan tuhan dan kemuliaan nikmatNya, lantaran badan yang sihat, mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan.

Kalau engkau sakit, senagkan pulalah hatimu! Kerana sudah ternyata bahawa dirimu adalah medan tempat perjuangan di antara dua alam yang dijadikan tuhan, iaitu kesihatan dan kesakitan. Kemenangan akan terjadi kepada salah satu yang kuat, kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu, baik kesembuhan dunia, ataupun kesembuhan yang sejati.

Kalau engkau menjadi orang luar biasa, senangkanlah hatimu! Kerana pada tubuhmu terdapat cahaya yang trang benderang tandanya Tuhan selalu melihat engkau dengan tenang sehingg menimbulkan kesuburan dalam fikiranmu, dilihatNya otakmu sehingga cerdas, dilihatNya mata sehingga jadi azimat, dilihatNya suaramu sehingga jadi sihir. Bagi orang lain, perkataan dan tiap-tiap suku kalimat yang keluar dari mulutnya hanya menjadi tanda bahawa dia hidup saja. Tetapi bagi dirimu sendiri menjadi cahaya yang berapi dan bersemangat, boleh meninggikan, boleh memuliakan dan boleh menghinakan, sehingga bolehlah engkau berkuasa berkata kepada alam” “Adalah”, sehingga dia pun “Ada”.

Kalau engkau dilupakan orang, kurang dikenal, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacatmu, tak ada orang lain yang dengki kepadamu, tak ada orang yang meniatkan jatuhmu, mata tak banyak memandangmu. Itu, dihadapanmu ada puncak bukit kemuliaan orang yang masyhur itu berdiri di atas masyarakat, dan engkaupun salah seorang dari anggota masyarakat itu. Rumah batu yang indah, berdiri di atas kumpulan tanah dan pasir yang kecil-kecil. Dengan demikian itu, engkau akan merasai kesenangan hati yang kerapkali tak didapat oleh yang bibirnya tak pernah merasai air hidup dan rohnya tak pernah mandi di dalam ombak ilham.

Kalau sahabatmu setia kepadamu, tenangkanlah hatimu! Kerana pertukaran siang dan malam telah menganugerahi engkau kekayaan yang paling kekal. Kalau kawanmu khianat, senangkan juga hatimu! Sebab kalau kawan-kawan yang khianat itu mungkir dan meninggalkan engkau, tandanya dia telah memberikan jalan yang lapang buat engkau.

Kalau tanah airmu dijajah atau dirimu diperhamba, senangkanlah hatimu! Sebab penjajahan dan perhambaan membuka jalan bagi bangsa yang terjajah atau diri yang diperhamba kepada perjuangan melepaskan diri dari belenggu. Itulah perjuangan yang menentukan hidup atau mati, dan itulah yang meninggalkan nilai. Ketahuilah bahawa tidaklah dapat suatu bangsa yang terus menerus dijajah.

Jika engkau dari bangsa merdeka, senangkanlah hatimu! Sebab engkau duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain, ada bagi kesempatan mencari kekuatan baru. Kemerdekaan itu mesti diisi dengan bahan-bahan yang baik, dan bagimu terbuka kesempatan yang seluas-luasnya untuk itu.

Kalau engkau hidup dalam kalangan orang-orang yang kenal akan diri dan cita-cita engkau, senangkanlah hatimu! Kerana di sana engkau dapat mengusahakan tenaga muda setiap hari, dan kekuatan pun bertambah, roh serta semangat menjadi baru. Engkau bertambah subur dan tegak, menaungi lautan dan daratan.

Kalau engkau hidup dalam kalangan masyarakat yang masih rendah, yang tidak mengerti bagaimana menghargai cita-cita orang, sehingga engkau merasa ’sial-dangkal’, maka senangkan juga hatimu! Kerana dengan sebab itu engkau beroleh kesempatan jadi burung, lebih tinggi terbangmu daripada orang-orang yang patah sayap itu. Engkau boleh melayang ke suatu langit khayal, untuk mengubati fikiranmu yang gelisah, untuk melepaskan dahaga jiwamu.

Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkahlah hatimu! Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar orang yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas kasihanNya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong dibawa satu perasaan di dalam lindungan Tuan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam. Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.

Jika engkau mencinta tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu! Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati akan bersih, laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walaupun bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya. Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar bertempat oleh manusia biasa.

Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan kita sendiri.

Merasa tenteramlah selalu, senangkanlah hatimu atas semua keadaanmu, kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu amat banyak tak terbilang kesulitan perjalanan hidup kian minit, kian baru.

Merasa senanglah selalu!

Merasa tenteramlah!

Demikian bunyi pidato itu.

Hamka amat dikenali sebagai teguh memegang prinsipnya. Beliau pernah dipenjara gara-gara fatwa dan kritikan kerasnya terhadap presiden dan kerajaan Indonesia. Tak silap saya, bermula dengan fatwa haram, melarang Presiden Soekarno menikah lagi. Kedua beliau mengkritik kerajaan mendekati PKI dan kemuncaknya menerbitkan penulisan ‘Demokrasi Kita’ – oleh Hatta yang mengkritik konsep demokrasi terpimpin yang dijalankan oleh Presiden Soekarno pada masa itu.


Banyak yang boleh diperkatakan tentang Hamka. Tetapi yang menariknya, bagaimana kita boleh mencetak Hamka dan melahirkan Hamka ke-2?

Bangsa Melayu harus belajar dari sejarah. Perginya tokoh ulung bukan bermakna malapnya sinar bintang tokoh agung bangsa kita. Wafatnya Nabi Muhammad meninggalkan Quran dan Hadis yang memimpin manusia ke syurga. Begitu juga dengan manusia biasa seperti kita. ‘Manusia mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belang’. Sejarah mengajar manusia supaya hidup lebih teratur dan wibawa. Cuma manusia yang hati dan iman yang rosak sahaja sanggup mengulang kembali sejarah pahit yang telah berlaku sebelumnya.

sumber: anak waris, resam Melayu.

0 comments:

Lee Chong Wei Juara All England 2011

Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan menjuarai kejohanan Badminton ALL-ENGLAND 2011 setelah mengalahkan musuh tradisi beliau iaitu LIN DAN dari China dengan kiraan mata Straight Set 21 - 17 set pertama dan 21 -17 Set kedua. Dua tahun berturut-turut memegang gelaran Juara All-England. Pastinya Seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan Kejayaan ini.

Pastinya akan menjadi kebanggaan buat peminat sukan Badminton di Malaysia.
Terutamanya kepada peminat - peminat baru dan bakat-bakat baru dalam dunia badminton. CAYALAH!!!


0 comments:

Berani buat, berani tanggung....

DI WAKTU kecil, apabila awan gelap berarak di langit, saya akan terkinja-kinja kerana tahu hujan lebat akan turun. Mandi hujan adalah kegemaran saya dan kawan-kawan sebaya. Mandi air yang turun dari cucur atap sungguh menyegarkan. Airnya sejuk. Lebih seronok lagi bila dapat memanjat dan masuk ke dalam tong lege iaitu tong minyak tar yang tingginya separas dada setelah dipotong dua. Airnya sedingin ais.

Puas mandi, saya dan kawan-kawan akan pergi ke parit di belakang rumah. Air yang melimpah dari dalam parit, melimpahkan juga ikan sepat dan anak-anak ikan yang lain. Dengan menggunakan pungkis, iaitu bakul rotan yang digunakan untuk mengangkat sampah, kami akan menangguk ikan yang masuk ke dalam kebun. Semua ikan yang ditangguk akan dimasukkan ke dalam tin majerin.

TETAPI, setelah hujan berhenti, tibalah masanya untuk menuju ke muka pengadilan! Abah yang selalunya tahu saya ke parit dengan kawan-kawan akan menanti di tangga rumah. Sambil mencekak pinggang, abah akan memberitahu yang dia puas memanggil saya menyuruh pulang. Namun, siapa yang dapat mendengar laungannya yang ditenggelami bunyi deru hujan lebat?

Seperti biasa, dengan muka kasihan, saya akan naik ke rumah tanpa berkata apa-apa. Tanpa disuruh, saya akan menarik salah sebatang rotan yang terselit di dinding dan menghulur kepadanya. Biasanya rotan yang saya pilih adalah yang paling besar kerana rotan yang halus akan memberi kesan pedih sementara yang besar sedikit akan memberi kesan sengal.

Abah akan menyebat betis saya tidak lebih daripada lima kali, bergantung kepada tahap kemarahannya. Oleh kerana saya selalunya diam ketika menerima hukuman, biasanya saya akan menerima tiga sebatan. Tetapi, walaupun sebatannya hanya tiga kali, betis saya akan birat berbelang. Berjurailah air mata. Tetapi saya sudah pandai untuk menangis tak berlagu.

Saya tahu, abah sayangkan saya. Apabila malam, setelah didodoi oemak, abah yang baru pulang daripada surau akan datang untuk melumur minyak urat di betis saya yang berbirat. Ketika itu, saya akan pura-pura tidur kerana berasa bahagia disayangi meskipun telah melakukan kesalahan. Saya mula mengerti, bila salah, kita pasti menerima hukuman. Saya mula fahami bahawa kita juga mesti menerima hukuman dengan tenang.

Lama sebelum itu, apabila saya melakukan kesalahan dan tatkala abah sedia menyebat, saya akan meraung, merayu dan minta ampun. Pernah juga saya lari dan bersembunyi di belakang emak untuk mengelak hukuman. Namun, pada suatu ketika, sambil menyebat abah sempat menurunkan nasihat, kalau hendak menjadi anak jantan, kita mestilah berani buat dan berani tanggung. Maknanya, saya bukan anak jantan jika berani buat, tetapi tak berani tanggung.

KITA semuanya sudah mumaiyiz sebelum akil baligh lagi. Tentu sekali kita tahu yang mana betul, yang mana salah, yang mana baik, yang mana buruk. Apabila dewasa, kita semestinya sudah panjang akal. Tahu risiko yang akan terjadi apabila kita melakukan kesalahan. Oleh itu, andainya kita sudah boleh berfikiran jauh, tetapi masih berani membuat salah, kita mestilah bersedia untuk menerima hukuman yang setimpal.

Kita tahu memandu melebihi had laju itu satu kesalahan. Berlumba dan beraksi dengan motorsikal seperti pelakon lasak itu juga satu kesalahan. Merokok itu membahayakan kesihatan. Atau, sengaja datang lewat ke pejabat itu melanggar peraturan syarikat. Mudah sekali kita memahami risiko melakukan kesalahan. Kerana itu, apabila hukuman sampai, kita sepatutnya menerima dengan senang dan tenang hati.

Kerana itu, tak kenalah bila kita yang melakukan kesalahan itu menyalahkan pula si pemberi hukuman. Bukankah kita ada hati kecil, yang siang-siang lagi membisikkan amaran sebelum kita lakukan satu kesalahan? Jadi, mengapa tidak mendengar suara dari lubuk hati itu? Tetapi, setelah melakukan kesalahan, kenapa kita berani pula mempersoalkan si pemberi hukuman dan mencabar pula sistem undang-undang sedangkan si penghukum berperanan membetulkan kita agar menjadi lebih baik?

BERANI menerima hukuman itu menandakan kita redha dengan ketentuan. Ia akan menimbulkan keinsafan. Keinsafan itu pula akan menjadikan kita lebih baik. Mudah-mudahan memperoleh rahmat dari Yang Maha Pengampun.

sumber: maafcakap.

0 comments:

Urusan Kokurikulum

Beberapa laman Pengurusan Kokurikulum yang boleh dikongsi:

- http://pengurusankokurikulum.blogspot.com/

- http://kertas-kerja-sekolah.blogspot.com/

- http://www.scribd.com/doc/3052999/BUKU-PANDUAN-KOKURIKULUM


...

0 comments:

Wee Soo Yen Tokoh Maulidurasul 2011


PUTRAJAYA 15 Feb. - Wee Soo Yen, 16, pelajar Cina tunggal yang mendapat A bagi subjek Bahasa Arab Komunikasi dalam Penilaian Menegah Rendah (PMR) lalu dan mendapat liputan muka depan Utusan Malaysia menerima satu kejutan hari ini di atas kecemerlangan tersebut.

Dia dipilih sebagai salah seorang daripada tujuh penerima anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Mengakui dirinya masih terkejut, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan itu memberitahu, beliau mengambil masa selama tiga tahun untuk mempelajari bahasa itu sebelum meraih gred A subjek itu dalam kesemua lapan matapelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lepas.

Mengimbas cabaran yang dihadapinya pada peringkat awal, Soo Yen yang mengenakan tudung litup berwarna jingga ketika ditemui di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini berkata, keluarga membantah pada mulanya kerana tidak percaya kemampuannya mendalami bahasa tersebut.

Namun, berkat kesungguhan dan keazaman yang tinggi membuatkan ibu bapanya mengalah sebaliknya memberi semangat kepadanya mempelajari bahasa itu bermula tingkatan satu.

"Ibu tidak setuju kerana dia takut saya tidak boleh buat tetapi saya janji kepadanya bahawa saya akan lulus dalam peperiksaan kertas bahasa Arab.

"Jadi, ibu benarkan. Sebenarnya saya mahukan cabaran pada diri saya dan tidak sangka dapat anugerah ini, terima kasih kepada semua yang mengiktiraf diri ini," kata Soo Yen yang fasih berbahasa Melayu itu.

Pelajar itu menerima anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di sini.

Beliau menerima wang tunai RM20,000, sebuah plak, sijil penghargaan serta Kitab Terjemahan Fi Zilal Al-Quran (17 Jilid) bernilai RM3,000.

Soo Yen memberitahu, walaupun mengalami kesukaran untuk mempraktikkan bahasa Arab dalam kehidupan seharian, dorongan kuat ahli keluarga serta guru di sekolah membolehkannya berjaya menguasai bahasa itu.

"Ahli keluarga dan adik beradik merupakan sumber inspirasi saya termasuk cikgu-cikgu yang bagi dorongan untuk berjaya.

"Saya memang tidak boleh komunikasi bahasa ini di rumah, jadi saya gunakan sepenuhya peluang di sekolah untuk bincang dengan kawan dan guru," katanya yang mengenakan baju kurung bercorak bunga.

sumber: Utusan

0 comments:

SBT: SK Ulu Lubai, Sarawak


LIMBANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort kedua 2011, di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, iaitu sebuah daripada dua sekolah di Sarawak yang turut tersenarai.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, kejayaan kohort pertama membabitkan 20 SBT menyediakan landasan kukuh untuk memberikan pengiktirafan kepada kohort kedua tahun ini.

Beliau berkata, kohort pertama SBT berjaya mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang dan pada masa sama, meraih beberapa kejayaan dalam pertandingan peringkat antarabangsa, selain berperanan penting dalam merapatkan jurang pencapaian antara sekolah melalui program anak angkat.

Katanya, SK Ulu Lubai, adalah sekolah pedalaman pertama di negara ini diiktiraf sebagai SBT dan mengucapkan tahniah kepada guru besar, guru, murid, ibu bapa dan seluruh warga sekolah itu yang berjaya menempa sejarah.
“Ini pencapaian amat istimewa. SK Ulu Lubai membuktikan berada di luar bandar bukan halangan mencapai kejayaan.

“Dengan keadaan sederhana dan bangunan kayu, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik amat cemerlang apabila Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga kini dan sentiasa menjadi sekolah terbaik di Sarawak,” katanya berucap pada majlis pengiktrafan SBT Kohort 2 di SK Ulu Lubai di sini, semalam.

Hadir sama, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dan guru besar sekolah itu, Jaul anak Bunyau.

Muhyiddin berkata, SK Ulu Lubai menduduki tempat ke-54 pada 2009 dan melonjak naik ke tempat pertama pada 2010, dengan pencapaian amat membanggakan.

Beliau berkata, SK Ulu Lubai juga memenangi dua anugerah pada peringkat antarabangsa iaitu johan anugerah Commonwealth Education Good Practice Awards 2009; finalis Commonwealth Education Good Practice Awards 2009 yang dianugerahkan Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia, serta terkini ialah pencalonan UNESCO Education of International Best Practices 2010.

Katanya, sekolah itu juga merangkul lima anugerah di peringkat kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah.

“SK Ulu Lubai juga aktif dalam mewujudkan program jalinan dan jaringan dengan institusi luar negara pada 2009 dan 2010 membabitkan Universiti Bristol United Kingdom (UK); Jin Shan Primary School Singapore; Kingsford Community School UK dan Deptford Green School UK.

“Sesuatu yang unik mengenai sekolah ini ialah sokongan dan kerjasama masyarakat setempat dalam semua aktiviti dirancang bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah termasuk gotong-royong dan membantu sekolah menyediakan makanan pelajar di asrama.

“Hasilnya, SK Ulu Lubai mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan amalan terbaik ‘Council of Commonwealth Education Ministers’ (CCEM),” katanya.


Komitmen luar biasa guru, ibu bapa lonjak SK Ulu Lubai

LIMBANG: Semangat dan komitmen luar biasa guru besar, guru dan ibu bapa menjadi rahsia kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, dipilih sekolah pedalaman pertama di negara ini yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Watikah pengiktirafan itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepada guru besarnya, Jaul anak Bunyau, di sekolah itu semalam, ketika mengumumkan senarai 23 SBT kohort kedua di sekolah terbabit.

Jaul, 48, yang menjadi guru besar di situ sejak 1998 berkata, kejayaan itu hasil usaha bersama guru dan ibu bapa yang komited dalam semua aktiviti pembelajaran, pengajaran dan kokurikulum murid di situ.

“Ibu bapa mungkin tidak dapat menyumbang kewangan kerana mereka hanya petani dan buruh kasar, tetapi komited membantu sekolah dalam semua aktiviti yang kita rancang untuk murid di sini,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, komitmen luar biasa ini menyebabkan SK Ulu Lubai berjaya mencatat kelulusan 100 peratus dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lima tahun berturut-turut sehingga 2010, serta pernah memenangi dua anugerah peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan, 14 anugerah peringkat negeri dan 46 lagi pada peringkat bahagian dan daerah.

FAKTA
23 Sekolah Berprestasi Tinggi

1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor.

sumber: BHarian

0 comments:

Sudut English

Ben Bradshaw adalah warga Amerika yang sangat berminat belajar Bahasa Melayu,
setelah beberapa ketika berada di Sarawak dan Sabah. Dia lebih dikenali dalam gelaran Melayu sebagai "Gigi Putih".

Beberapa siri dalam You Tube dan Facebook telah dikongsikan bersama-sama peminatnya
di Malaysia untuk belajar Bahasa Melayu dengan lancar, dan sebagai balasannya
beliau sanggup mengajar peminat di Malaysia bahasa "slang Amerika" yang jarang-
jarang kita dengar dalam perbualan harian mengikut bahasa pasar atau harian di negaranya.





Ini adalah video Jezdogz salah seorang lagi peminat Bahasa Melayu.
Saksikan dia bercakap bahasa dialek daerah di Malaysia.

...

0 comments:

Liga Super Malaysia

Anda boleh lihat kedudukan pasukan di Liga Super Malaysia.
Juga kedudukan rangking pasukan Malaysia dalam carta FIFA.
Klik link dibawah:

http://www.fifa.com/associations/association=mas/nationalleague/standings.html?cid=widgets&att=worldleagues_en


0 comments:

Velentine Day dan Masyarakat Kita


Penulis terkenang sebuah lagu evergreen 'Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi' ciptaan M Nasir nyanyian Alleycats yang telah dirakamkan lebih 20 tahun lalu yang masih malar segar ke hari ini.

Antara intisari lagu tersebut ialah 'sekuntum mawar merah, sebuah puisi, untuk gadis pilihan, ooooo...di bulan Februari...' Lagu yang mengasyikkan itu adalah pernyataan kasih sayang antara uda dan dara yang mana perantaranya ialah sekuntum mawar merah dan diberikan pada bulan Februari.

Lagu itu sekadar lagu dan hanya sebagai hiburan. Mujur hanya dinyatakan pada bulan Februari tanpa menyebut tarikhnya,14 Februari yang dikatakan adanya perkaitan dengan hari Valentine.

Oleh kerana lagu tersebut hanya disebut pada bulan Februari sahaja maka idea lagu tersebut tidak menjadi sebarang polemik walau sudah bertahun-tahun berkumandang. Dalam erti kata lain, hadiah kuntuman bunga mawar merah itu boleh dihadiahkan pada bila-bila tarikh pada bulan Februari tanpa mengaitkan hari Valentine.

Tuntutan Islam

Sebenarnya konsep kasih sayang dituntut dalam lslam.

Namun kasih sayang itu ada batasan-batasan yang tidak melanggar syariat. Kasih sayang antara suami isteri yang juga boleh dianggap sepasang kekasih, anak-anak dan ibu bapa, saudara mara dan ahli dalam keluarga. Atau dalam skop yang lebih luas kasih sayang sesama insan dan kehidupan.

Sebenarnya kasih sayang itu sepanjang waktu, sepanjang masa bukan pada hari-hari atau bulan tertentu sahaja. Kasih sayang itu adalah semata-mata kerana dan ke jalan Allah SWT.

Apa yang kita tidak mahu seperti mana yang dilaporkan dalam tempoh 9 tahun (2001-2010) kira-kira 260 ribu bayi lslam di negara kita dilahirkan tanpa nikah yang mana puratanya kira-kira 28 ribu setiap tahun.

Dalam konteks ini adalah wajib kita mengingatkan umat lslam khususnya para remaja lslam bahawa agar tidak terpedaya dengan tipu daya iblis laknatullah dan musuh-musuh lslam dengan kehidupan pergaulan bebas, seks rambang, ICT negatif dan mengambil kesempatan melakukan maksiat berselindung atas jenama hari Valentine dan sebagainya.

Justeru, isu hari Valentine yang menjadi sensasi dan publisiti usahlah difokuskan dengan kepercayaan penganut agama lain.

Penjenamaan semula

Apa yang penting pada penulis suatu penjenamaan semula harus diberikan kepada Hari Kasih Sayang ini seperti mana Hari lbu, Hari Bapa, Hari Wanita dan seumpamanya.

Walaupun boleh disambut pada bila-bila masa tapi tidak salah dipilih pada bulan Februari tetapi tidak semestinya pada 14 Februari. la boleh ditetapkan pada 18 Februari, 21 Februari atau 28 Februari, terserahlah.

Dengan ini kita tidak memfokuskan Hari Kasih Sayang kepada para remaja sahaja tetapi kepada semua insan. Dengan penjenamaan baru ini lama kelamaan elemen-elemen maksiat boleh terhakis daripada minda dan tidak ada kaitan dengan sebarang kepercayaan dan agama.

Apakah menjadi kerisauan kepada para peniaga bunga dan cenderamata kerana akan terjejas perniagaan mereka itu adalah isu sampingan? Apa yang penting semua pihak harus berpijak di bumi nyata.

Kesimpulannya isu utama ialah masalah keruntuhan moral, pembuangan bayi, kejahilan konsep kasih sayang dan gejala maksiat.

Ini bukan sahaja menjadi masalah pokok utama umat lslam dan remaja Melayu sahaja tetapi merupakan masalah bersama juga bagi penganut-penganut agama lain dan kaum-kaum lain di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Justeru, suatu langkah membenteras gelaja-gejala negatif menjadi tanggung jawab semua pihak dan individu tanpa mengira fahaman politik, agama, budaya dan kaum.

sumber: SU pengamal pendidikan, MK

0 comments:

Gambar Album SK Padang Jawa Blog, klik saja...

Salam semua peminat SK Padang Jawa Blog, koleksi gambar-gambar semasa dan koleksi sebahagianya boleh didapati pada link dibawah: Hanya klik saja.

1. Persaraan, Naik Pangkat dan Guru Pindah 2011. Klik link dibawah:
http://www.facebook.com/pages/SK-Padang-Jawa-Blog/176131269088377?v=photos#!/album.php?fbid=186542094713961&id=176131269088377&aid=42090

2. Camping ke Bukit Larut, Taiping 2010.(sumbangan Cikgu Najib, anda kena ADD dahulu ye atau bukak fbook anda dahulu), klik link dibawah:
http://www.facebook.com/pages/SK-Padang-Jawa-Blog/176131269088377?v=photos#!/album.php?id=100000042933492&aid=42937

3. Camping ke Teratak View, Tanjong malim 2009..(sumbangan Cikgu Najib, anda kena ADD dahulu ye atau bukak fbook anda dahulu), klik link dibawah:
http://www.facebook.com/pages/SK-Padang-Jawa-Blog/176131269088377?v=photos#!/album.php?aid=8596&id=100000042933492

4. Camping ke Bukit Larut, Taiping 2010(b).(sumbangan Cikgu Najib, anda kena ADD dahulu ye atau bukak fbook anda dahulu), klik link dibawah:
http://www.facebook.com/album.php?aid=8596&id=100000042933492#!/album.php?aid=41297&id=100000042933492

5. Raya SKPJ2010.(sumbangan Cikgu Najib, anda kena ADD dahulu ye atau bukak fbook anda dahulu), klik link dibawah:
http://www.facebook.com/album.php?aid=8596&id=100000042933492#!/album.php?aid=40123&id=100000042933492

6. Camp Teratak -Sumbangan Cikgu Sharimi.
http://www.facebook.com/pages/SK-Padang-Jawa-Blog/176131269088377?v=app_2373072738#!/album.php?aid=232116&id=1261571471

7. Juara Rumah Sukan musim 2010. klik link dibawah:
http://rumahmerah-skpj.blogspot.com/

8. Cikgu Najib Kahwin:
http://www.facebook.com/pages/SK-Padang-Jawa-Blog/176131269088377?v=app_2373072738#!/album.php?id=100000236322493&aid=40793

9. Cikgu Shah Kawhwin:
http://www.facebook.com/album.php?aid=258246&id=770468129&page=8

10. Gambar Kandid Guru2 Lelaki 2010-Sumbangan Haluan Kiri:
http://www.facebook.com/album.php?aid=48043&id=100000473746977#!/album.php?id=100000423384970&aid=30179

11. Hi Tea 2010-sumbangan Wan Dalilah:
http://www.facebook.com/album.php?aid=48043&id=100000473746977#!/album.php?id=100001045006158&aid=30845



...

0 comments:

Maulidur Rasul: Sejarah Sambutan dan Pengisian Kita


Sejarahnya begini. Lebih 1,000 tahun yang lalu, pada abad ke-10 hingga abad ke-12, telah ada umat Islam telah mulai lupa kepada sang rasul. Wilayah Islam yang kian melebar dari semenanjung Arab sehingga ke Afrika Utara (hari ini diangkat sebagai sebahagian daripada dunia Arab) menyaksikan umatnya kian rencam dan ramai.

Kala itu, pemerintah di Mesir yang dikuasai Dinasti Fatimiyyah (910 - 1,171) - sebuah kerajaan bermazhab Syiah yang terkenal fanatismenya kepada Ahlul Bait, melihat perlunya satu sambutan yang mampu menarik umat Islam kembali mengenali nabi mereka.

Saat itulah, mula tercetusnya sambutan yang pada hari ini menjadi acara wajib bagi sebahagian besar dunia Islam, termasuklah di Malaysia.

Pepatah Melayu ada menyatakan, tidak kenal maka tidak cinta. Cinta itu pula, mulanya di mata lalu turunnya di hati. Maka, upaya agar umat Islam kembali mengenali sosok agung sang pencerah kegelapan manusia bernama Muhammad bin Abdullah ini perlu dilakukan.

Jika tidak, umat Islam akan terus-menerus 'buta' mengenai nabinya, apatah lagi untuk menyintainya.

Nah! Ribuan tahun berlalu, cetusan semangat ini terus berkesinambungan. Hakikatnya, sambutan yang pada hari ini dikenali sebagai Maulidur Rasul (kelahiran rasulullah SAW) ini, tidak pernah pun disambut sepanjang nabi masih hidup atau disambut oleh para sahabat nabi.

Jangan meletihkan diri mencarinya di lembaran kitab sejarah dan sirah, mereka tidak pernah sekali pun menyambutnya.

Atas sebab itu jugalah, ada pandangan ulama yang menegahnya. Bagi mereka, menyambutnya adalah suatu bidaah. Namun, ada juga ulama yang lebih rasional dan mengharuskan sambutan Maulidur Rasul dengan harapan, selepas umat Islam menyambutnya, maka akan tercetuslah sedikit ingatan kepada sang nabi dan cetusan itu mampu menjadi api yang memarakkan cintanya.

Maka, jika ditinjau dari sudut dakwah dan islah, menyambut Maulidur Rasul ini adalah suatu proses ke arah kebaikan. Ia boleh disamakan seperti proses 'peremajaan' agar kita tidak lupa kepada Nabi Muhammad SAW. Peremajaan daripada sudut ingatan, maksud saya. Biasalah, kita selaku manusia memang mudah lupa dan sering kali bersifat pelupa!

Menyambut kelahiran sang agung yang bernama Muhammad atau Ahmad ini, samalah seperti kita mengenang kembali tarikh kita dilahirkan atau tarikh ulang tahun pernikahan. Samalah kita mengenang tarikh keramat kemerdekaan negara atau tarikh penting bagi sesuatu sambutan yang lain. Hari raya misalnya.

Jika kita boleh mencatatkan dalam kalendar pelbagai tarikh yang mahu diraikan, maka berlebih lagilah patutnya kita menandakan 12 Rabiul Awal sebagai tarikh yang tidak wajar dilupakan.

Walau bagaimanapun, 12 Rabiul Awal yang jatuhnya pada 15 Februari pada tahun 2011 ini, tidak akan mendatangkan sedikit pun faedah kepada kita, andai kita hanya tahu ia sekadar hari sebuah kelahiran. Ia tidak lebih daripada sekadar menjadi hari liburan seperti mana kita sering berlibur di hujung minggu.

Paginya kita bersarapan pagi di kedai roti canai dengan anak-anak, selepas itu ke pasar dan kemudiannya membaca akhbar di serambi rumah. Lalu petangnya membasuh kereta dan membawa anak-anak ke taman permainan atau ke kebun bunga.

12 Rabiul Awal tanpa persediaan mental dan rohani, tidak akan membawa kita ke mana-mana. Percayalah! Maka, atas sebab itu, kita mesti memberi suatu kelainan pada tarikh ini.

Kelainan yang bukan sekadar menyebutnya, atau sekadar berarak meregang sepanduk dengan pelbagai kata-kata, tetapi perlu kepada penjiwaan yang mendasar. Jiwa yang akan mendarat di tanah yang subur untuk terus mencambahkan lestarinya cinta kepada Rasulullah.

Soalannya bagaimana? Ya, mulakan daripada diri sendiri dan lebarkannya kepada lingkungan sendiri. Keluarga terdekat dan kepada kejiranan. Amalkan apa yang diamal oleh nabi.

Jika tidak tahu, belajarlah atau mencarilah. Halusi bagaimana caranya nabi berinteraksi dengan ahli keluarga. Pernahkan sang nabi membentak isterinya yang sembilan orang. Pernahkah juga nabi menjentik telinga anak-anaknya atau bagaimana nabi melentur akhlak para sahabatnya.

Jika perlu, bawalah keluarga ke kedai buku dan carilah koleksi buku sirah nabi di rak-raknya. Bagi anak-anak, belikan mereka kisah nabi pada zaman anak-anaknya. Buat isteri, belikan buku tentang ummahatul mukminin dalam melagang peranan mereka di sisi nabi.

Natijahnya, biar kita tahu, sang pencerah yang kita sambut setiap tahun kelahirannya itu, adalah manusia yang wajar dicontohi.

Bukan sekadar ditulis namanya di atas sepanduk, lalu diarak ke sana dan ke sini, tanpa usaha dan upaya sedikit pun mengenali akhlaknya, mengenali ramah dan santunnya dan mengenali betapa agung peribadinya.

oleh:
Hamizul Abdul Hamid
Feb 8, 11
7:04pm
MK

0 comments:

Kita yang menapisnya.


PETANG semalam, saya menerima e-mel yang gempar tetapi menarik, kononnya personaliti yang gemar bersosial, Paris Hilton telah memeluk Islam. Biar betul! E-mel enam para itu siap menyertakan gambar Paris Hilton yang bertudung litup. Wah! Sekilas pandang dan sekali baca, berita ini pasti sensasi. Naluri berasa syukur dan gembira apabila mengetahui seseorang itu memeluk agama Islam mula menyelinap di hati.

Tapi, nanti dulu. Wajah Paris Hilton masih bercelak dan bergincu walaupun dia telah bertudung litup. Ada sesuatu yang tak kena dengan wajahnya itu. Tampak seperti diandam menggunakan teknologi komputer atau dikenali sebagai photoshop. Sumber berita itu pun dipetik daripada laman web The Daily Squib. Saya tak pernah dengar nama akhbar dalam talian ini.

Apabila saya menelusuri internet untuk mencari makna squib di kamus talian Merriam-Webster, saya mendapati squib membawa maksud, tulisan humor ataupun satira pendek. Sebaik sahaja saya melayari laman akhbar dalam talian The Daily Squib, saya dapati ia dipenuhi dengan berita-berita lawak yang palsu yang antaranya ~ ‘Ku Klux Klan(sebuah pertubuhan anti-kulit hitam) Menyokong Obama,’ ‘Minuman Botox (bukan lagi suntikan) Kian Popular’ dan ‘Hosni Mubarak Akan Dimumiakan Bila Ditangkap!’

Seperti yang saya jangka, berita Paris Hiltan memeluk Islam adalah sebuah satira. Ironinya, apabila saya melayari laman-laman web yang berkaitan dengan berita jenaka itu, terdapat berpuluh-puluh laman dan blog yang percaya Paris Hilton sudah masuk Islam! Ada puja dan ada puji apabila masing-masing menyalin berita daripada The Daily Squib itu. Yang nyata, mereka menerima bulat-bulat berita selebriti itu. Terdapat banyak sekali komen-komen yang menyokong atau mengkritik tindakan Paris Hilton kerana benar-benar mempercayai berita palsu itu.

Pada 8 Januari lalu, timbul cerita kononnya Mark Zuckerberg, tuanpunya laman sosial Facebook mahu menutupnya kerana beliau begitu stres dengan ciptaannya itu. Sumber asal berita itu dipetik daripada laman web Weekly World News yang dikenali sebagai laman yang menjana berita-berita palsu untuk suka-suka. Tetapi, berita itu jugalah yang menimbulkan keresahan ahli-ahli Facebook yang mempercayai beritanya. Berpuluh-puluh grup yang menentang penutupan Facebook muncul di laman sosial itu sendiri.

Dalam minggu lepas, muncul khabar daripada blog-blog yang mengatakan bahawa para ibu bapa akan diminta kerajaan membayar kos menghantar pulang anak-anak mereka dalam Operasi Piramid. Sekali lagi ramai yang mempercayainya dan timbul pula kata-kata yang tidak manis yang mempersoalkan tindakan kerajaan itu. Padahal, ia hanya khabar angin yang berpunca daripada perli memperli sesama penulis-penulis blog yang condong sama ada kepada parti BN atau PR.

Soalnya mengapa kita mudah sangat mempercayai sesuatu tanpa menyelidik? Mengapa kita senang sangat menelan bulat-bulat apa yang didengar dan dilihat tanpa menyusur-galur ke akar sumber berita dan ceritanya? Bukankah mempercayai sesuatu tanpa usul periksa itu mengakibatkan kita membuat keputusan yang salah?

Mungkin sekali kita mudah latah. Bertandak sebaik sahaja gendang pembohongan dipalu. Lagi laju pukulan gendang, semakin rancak kita menari. Akhirnya kita juga yang terjelepuk keletihan. Mungkin juga kita mudah lupa. Lupa bahawa kita kini berada di akhir zaman di mana fitnah dan pembohongan berleluasa. Kerana lupa jugalah kita tertipu kepada kepalsuan bukannya sekali, malah berkali-kali hingga lali.

Mungkin juga kita tidak mengamalkan tabiat untuk menapis apa sahaja yang sampai ke pengetahuan kita dengan menyelidik daripada manakah asal sumber berita yang kita terima itu. Andainya kita mengambil masa yang sedikit untuk menyemak sesuatu berita itu, dengan mudah sahaja kita tahu samada ia masuk akal ataupun sebaliknya. Petua agar tidak mudah tertipu dengan khabar palsu ini mudah sahaja.

Rujuklah panduan daripada Al-Quran, Surah Al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
Artikel ini terbit di akhbar Sinar Harian pada 9.2.2011

sumber: maaf cakap

0 comments:

Kartun Pendidikan





sumber:
Tutor_Utusan

0 comments:

laman info dan belajar

isu dan masalah:

-murid dirotan sampai terkencing, klik link dibawah:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

-murid mati dikolam,klik link dibawah:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm

pnp :
-contoh2 karangan bm, klik link dibawah:
http://karangansr.blogspot.com/2010/07/kepentingan-disiplin-diri-kepada-murid.html

-video english
http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=101&vidgrp=5&idcaller=menu_pub

-video math: jam
http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=101&vidgrp=5&idcaller=menu_pub#

-video eng telephone skill:
http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=101&vidgrp=5&idcaller=menu_pub#


video pidato, klik link dibawah:
http://www.eduwebtv.com/index7.php

http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=21&idmod=42&vidgrp=5&vidid=1234174457236251

berita eng/bm, klik link dibawah:
http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=21&vidgrp=1&idcaller=menu_pub#

...

0 comments:

Bergurulah Kita




PADA minggu lalu, saya membuat anggaran, andainya kita belajar dengan 7 orang guru bagi setiap tahun daripada darjah satu hingga ke tingkatan lima, iaitu dengan sebelas tahun persekolahan, kita sudah menuntut dengan 77 orang guru. Jikalau dicampur dengan guru-guru lain seperti Guru Besar, Guru Disiplin, guru-guru sekolah agama dan guru-guru tuisyen, ini bermakna, dalam usia 7 hingga 17 tahun, kita sudah berguru tidak kurang dengan 100 orang cikgu.

Sewaktu persekolahan, untuk satu-satu matapelajaran pun, kita belajar dengan lebih seorang guru. Yang pasti, sama ada ia matapelajaran matematik, kajian tempatan, fizik, kimia ataupun pendidikan jasmani, kita menuntut dengan lebih daripada tiga orang guru. Misalnya, untuk matapelajaran Bahasa Malaysia, kita belajar dengan empat guru bahasa yang berbeza ketika kita di darjah satu, darjah enam, tingkatan satu dan tingkatan lima.

Setelah meninggalkan alam pendidikan formal dan memasuki alam pekerjaan, dari semasa ke semasa, kita terus belajar sama ada melalui pengalaman ataupun melalui kursus, bengkel dan seminar yang diatur oleh pihak majikan ataupun yang kita sendiri sertai. Sememangnya kita harus terus menimba ilmu kerana ilmu itu sendiri berubah, berkembang, bertambah dan semakin pelbagai.

Di luar program-program pembelajaran ini pula, ramai di antara kita yang belajar sesuatu kemahiran dan pengetahuan dalam bidang-bidang yang diminati untuk keperluan diri bagi meningkatkan taraf hidup. Ada yang belajar ilmu memasak, kraf, muzik, penulisan, seni mempertahankan diri, kejurujualan, malah ada di antara kita yang menuntut ilmu perubatan alternatif.

Kebanyakan pelajaran secara sendiri-sendiri ini tiada kurikulum yang khusus. Oleh kerana kekangan masa, kita mungkin hanya sempat belajar dengan seorang guru sahaja. Pembelajaran yang diikuti tidak akan mendatangkan masalah persepsi selagi kita faham bahawa ilmu yang ditimba dengan seorang orang guru itu adalah sedikit sekali dan pastinya tidak luas dan mencukupi.

Andainya ia adalah ilmu kemahiran seperti kraf dan memasak umpamanya, ia tidak akan menjadi masalah. Sebaliknya, jika ilmu itu adalah ilmu spiritual seperti perubatan alternatif, persilatan atau keagamaan, ia dikhuatiri akan menjadi masalah apabila kita berasa ilmu itu sudah lengkap meskipun kita hanya belajar dengan seorang guru. Hal ini biasa terjadi kerana seseorang guru itu pasti mengatakan ilmu yang disampaikannya itu yang terbaik. Kita yang tidak mahu memperluaskan pengetahuan dengan berguru dengan orang lain kerana terpengaruh akan menjadi taksub dengan ilmu itu.

Taksub dengan ilmu itu berpunca daripada taksub dengan guru. Ketaksuban lebih banyak berlaku apabila kita hanya belajar dengan seorang guru. Kita rugi kerana akibat berasa cukup, kita tidak lagi menambah ilmu sedangkan besar kemungkinan kita memperoleh ilmu yang lebih banyak dan tinggi daripada guru itu sendiri seandainya kita belajar dengan guru-guru lain.

Kebarangkalian seseorang itu boleh tertipu dengan seseorang guru itu boleh berlaku apabila kita tidak berpeluang untuk menyemak ilmu yang dipelajari daripada guru lain. Para ulama di zaman silam berguru dengan lebih daripada seorang. Empat imam-imam besar pemimpin mazhab iaitu Imam Malik, Imam Shafie, Imam Hambali dan Imam Maliki dikatakan menuntut dari berpuluh-puluh orang guru.

Guru yang baik pula mempunyai tiga ciri-ciri yang terpuji dalam proses perguruannya. Di peringkat pertama, mereka mengajar kita sebagai guru dan kita sebagai muridnya. Di fasa ini, kita sebagai murid harus mendengar dengan patuh dan taat. Peringkat kedua pula ialah bilamana guru membenarkan kita mempersoalkan ilmu yang disampaikannya.

Di waktu itu, guru dan murid sama-sama memperoleh ilmu. Peringkat ketiga pula ialah apabila murid berani mengajar gurunya dan guru pula belajar daripada muridnya. Kedudukannya berubah, guru menjadi murid dan murid menjadi guru. Apabila ini terjadi, maka proses perguruan itu lengkap dan kedua-duanya memperoleh kedudukan yang tinggi.

Guru-guru beginilah yang sepatutnya kita cari!
“Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?” (Surah al-Zumar, 9)

Sumber: maafcakap.blogspot.com

0 comments:

Apa itu .......KSSR


Latar Belakang
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai fokus utama teras kedua PIPP 2006-2010.

Gagasan ketiga Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006
yang menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi penekanan kepada:
-Pembangunan modal insan
-Penghasilan pelajar celik minda
-Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
-Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al bab

Penambahbaikan Kurikulum Sekolah Rendah
1983 – Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1993 – Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
2003 – KBSR (Semakan)
2010/2011 – Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip KBSR
- pendekatan bersepadu
- perkembangan individu secara menyeluruh
- peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- pendidikan seumur hidup


Mahu rujukan, pekeliling dan sukatan KSSR, klik dibawah:
http://cikguazman.blogspot.com/2011/01/bahan-dan-sukatan-pelajaran-kssr-tahun.html


...

0 comments:

4 aspek pengukur kekayaan dan kejayaan


BERMULA daripada tadika, kemudian di sekolah rendah dan akhirnya ke sekolah menengah, kita didedahkan dengan pelbagai matapelajaran. Subjek sains seperti biologi, fizik, kimia dan matematik membolehkan kita mahir menggunakan otak kiri agar dapat mengendali fikiran yang rasional dan logik. Subjek-subjek seni dan sastera seperti bahasa, geografi dan sejarah pula memacu otak kanan agar lebih intuitif dan emosional.

Sejak darjah satu hingga ke tingkatan lima, kita bertemu dengan berpuluh-puluh orang guru yang mengajar kita berbelas-belas mata pelajaran. Andainya kita belajar dengan 7 orang guru bagi setiap matapelajaran daripada darjah satu hingga ke tingkatan lima, iaitu dengan sebelas tahun persekolahan, kita sudah menuntut dengan 77 orang guru. Jikalau dicampur dengan guru-guru lain seperti Guru Besar, Guru Disiplin, guru-guru sekolah agama dan guru-guru tuisyen, ini bermakna, dalam usia 7 hingga 17 tahun, kita sudah berguru tidak kurang dengan 100 orang cikgu!

Sudah tentu, seandainya kita jumlahkan dengan golongan pensyarah apabila menuntut di institusi pengajian tinggi, pendidik yang mengajar kita bertambah berpuluh-puluh orang lagi. Jelas sekali, dunia akademik yang kita lalui selama berbelas-belas tahun mempertemukan kita dengan begitu ramai guru. Maknanya, jika kita masih belum menjadi orang selepas belajar dengan ratusan orang guru, tentu ada yang tidak kena dengan diri kita sendiri.

Malangnya, sebilangan besar daripada kita telah kembali kepada kejumudan fikiran walaupun sudah dibuka oleh beratus orang guru masing-masing sebelum ini. Ia terjadi apabila pengalaman di alam pendidikan formal dilupakan begitu sahaja, seolah-olah ia tiada kaitan dengan pembinaan minda dan pertimbangan tindakan dalam mengharungi kehidupan seharian.

Mengapa terjadi demikian? Ia berlaku apabila kita menutup buku dan memisahkan dunia pendidikan formal dengan dunia kehidupan. Memang benar, dunia persekolahan itu terkawal, penuh dengan disiplin, ketertiban dan penuh beretika. Tetapi, bukankah dunia itu yang membentuk dan menyamakan sebilangan besar daripada kita untuk memulakan langkah kehidupan di padang yang sama rata dengan orang lain?

Seharusnya, setelah berbelas tahun belajar, kita sudah boleh menjadi intelektual, boleh mengamalkan ilmu yang diperolehi, tahu membezakan yang mana yang baik atau buruk, menilai mana satu fakta, mana satu fitnah, mana satu yang hak, mana satu yang batil serta boleh menelah apa yang tersirat di sebalik yang tersurat dengan mudah. Kita tidak mungkin tertipu dengan kekayaan yang nampaknya disamaertikan dengan kekayaan material semata-mata.

Tentu sekali jika wang ringgit menjadi ukuran kekayaan, kita akan lihat seolah-olah terdapat ketidakadilan daripada segi material. Ramai yang berasa tewas semata-mata apabila kalah daripada segi harta. Sedangkan material hanya salah satu aspek pengukur kekayaan. Pokoknya, siapakah yang mengajar kita untuk menilai diri sendiri hanya mengikut ukuran ini? Apakah besarnya rumah, banyaknya kereta, luasnya ladang dan melimpah ruahnya harta itu satu-satunya ukuran?

Meskipun ramai yang tahu, ramai juga yang terlupa bahawa kita tidak boleh mengukur kekayaan dengan banyaknya harta. Kekayaan mental adalah juga pengukur kejayaan. Selain daripada kelulusan atau segolong ijazah yang menjadi bukti bertulis, kekayaan mental seseorang itu dapat dinilai dengan kebolehannya mengeluarkan buah fikiran yang kritis, tegar dengan pendirian yang berpaksikan kebenaran serta tidak takut dengan seseorang hanya kerana dia mempunyai pangkat dan harta. Orang yang kaya mentalnya juga mewarisi kekayaan yang tersendiri.

Kekayaan jiwa ataupun spiritual adalah satu lagi kayu ukur kekayaan. Sudah pasti orang yang kaya spiritual dengan segala sifat yang baik budi pekerti, baik bahasa dan segala sifat kemanusiaan dan kemalaikatan itu mengatasi kekayaan ratusan jutawan dan ribuan ilmuan. Yang kaya dan berilmu pun boleh tunduk dengan ketokohan dan kewibawaan orang yang kaya spiritualnya.

Selain daripada material, mental dan spiritual ada satu lagi kekayaan yang penting, tetapi bagai dilupakan oleh ramai daripada kita. Kekayaan itu diperlukan walaupun kita mempaunyai kekayaan-kekayaan yang lain. Tanpanya, kekayaan material, mental dan spiritual tidak akan bererti lagi. Kekayaan itu adalah kekayaan fizikal. Ia bukan bererti besarnya tubuh badan, sebaliknya betapa sihatnya fizikal kita. Tanpa kekayaan fizikal, tiada gunanya kekayaan yang lain. Untuk apa berpapah, sedangkan kita sepatutnya melangkah.

sumber: maafcakap.blogspot.com
...

0 comments:

Pengakap mati kerana Flying Fox.


TAIPING: Sekumpulan 40 pengakap dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Hua Lian, di sini yang

menyiapkan kemudahan latihan ‘flying fox’ di pekarangan sekolah tergamam selepas seorang rakan mereka maut sebaik terkena

takal iaitu sejenis alat membina kemudahan itu, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, pelajar lelaki, Goh Swee Khim, 14, maut di tempat kejadian selepas kepalanya terkena

alat berkenaan ketika menyertai program perkhemahan pengakap di sekolahnya.
Bapa mangsa, Goh Cheah Wah, 44, yang ditemui di pekarangan Hospital Taiping (HT) semalam berkata, dia menerima panggilan

daripada rakan anaknya kira-kira jam 6.30 pagi semalam yang memaklumkan mengenai kejadian itu menerusi telefon bimbit

anaknya.
Katanya, rakan anaknya menghubunginya dan memberitahu anaknya maut selepas terkena takal dan cedera parah di kepala.

“Seketika kemudian, beberapa rakan anak saya yang juga pengakap datang mengunjungi saya di kedai dan memaklumkan

perkara sama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, pihaknya mengklasifikasikan

kejadian itu sebagai mati mengejut.
Beliau berkata, ketika kejadian, sekumpulan pengakap yang juga pelajar sekolah berkenaan menyiapkan kemudahan aktiviti

‘flying fox’ di sebuah gelanggang bola keranjang.
“Bagaimanapun, ketika memasang dan meluruskan kabel bagi aktiviti itu, kabel digunakan untuk membina kemudahan itu

terputus, menyebabkan takal melantun sebelum mengenai kepala mangsa.
“Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian dibawa ke HT

untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, pihaknya juga mengesahkan kejadian itu kemalangan biasa dan tiada unsur jenayah. Bagaimanapun, pihaknya masih

menjalankan siasatan.

0 comments:

Layan Lagu-lagu pilihan SKPJ Blog

Anith-Sedar:


Kau Ku Temu-KDA:


FaizalTahir-Malaysia Satu:


Maher Zain-Open Your Eyes:


Aizat-Lagu Kita:


Adira-Ku Ada Kamu:


Monoloque-Butterfinger


Ribaibaru


Cukup Indah


...

1 comments: