Selamat Hari Guru !



PENGENALAN

               Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.  Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


 



                                             OBJEKTIF

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.



LOGO


Putih 
Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak 
Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning
Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah
Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru
Menunjukkan perpaduan muhibah.

         Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru. 







IKRAR


Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.







TOKOH GURU




                   Anugerah tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972. Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Sehingga tahun lalu, seramai 127 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.
Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.
Dari segi syarat pemilihan calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pula, mereka hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini; seboleh-bolehnya dipilih daripada kalangan tokoh yang sudah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru pada peringkat negeri; berumur 50 tahun atau lebih, sama ada berkhidmat atau sudah bersara; sedang atau sudah berkhidmat sebagai guru, pengetua, guru besar, pesyarah atau pentadbir dalam perkhidmatan pendidikan.
Selain itu, pemilihan calon juga boleh dibuat ke atas tokoh yang sudah meninggal dunia, manakala kesatuan perkhidmatan keguruan pula berpeluang membuat pencalonan pada peringkat negeri dan kebangsaan.
Setakat ini, tahun paling ramai menerima anugerah ialah pada Hari Guru 1977, iaitu seramai tujuh (7) orang. Barisan penerima sulung anugerah berprestij itu ialah Zainun Munshi Sulaiman, Mohd Nor Ahmad, Ting Pin Sung, A.V. Perumal dan Tan Chong Bee.


Rekabentuk Pingat Tokoh Guru
Bentuk
Dari bentuk bulat 6 cm dibahagi menjadi 5 pepenjuru. Lima pepenjuru ini melambangkan 5 prinsip Rukun Negara. Bentuk keseluruhan menyerupai bentuk bintang dengan 14 penjuru yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia.
Corak
Kerawang adalah merupakan satu corak tradisional dan melambangkan kemalaysiaan. Corak ini juga melambangkan bidang perguruan yang merupakan satu kesenian yang indah murni.

Warna
Warna keemasan melambangkan kemurniaan dan kesucian niat serta jasa-jasa guru. Warna ini juga mencerminkan jasa bakti seseorang guru itu adalah seteguh emas.



TEMA HARI GURU 2017 - 1972


Tema hari guru pada tahun ini : Guru Pembina Negara Bangsa

Definisi


GuruPengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. 
Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

 
PembinaIndividu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan. 

Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi penididikan.


Negara BangsaKumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan.
Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.




BilTemaTahun
1Guru Pembina Negara Bangsa2016
2Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak2015
3Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi2014
4Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda2013
5Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara2012
6Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara2011
7Guru Pembina Negara Bangsa2010
8Guru Pembina Negara Bangsa2009
9Guru Cemerlang Negara Terbilang2008
9Guru Penjana Modal Insan Gemilang2007
10Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan2006
11Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan2005
12Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan2004
13Guru Berkualiti Aspirasi Negara2003
13Guru Berkualiti Aspirasi Negara2002
14Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama2001
15Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan2000
16Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang1999
17Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama1998
18Guru Bestari Sekolah Bestari1997
19Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia1996
20Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan1995
21Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan1994
22Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan1993
23Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan1992
24Ke Arah Pendidikan Cemerlang1991
25Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera1990
26Guru Pembina Budaya Ilmu1989
27Guru Pengasas Budaya Membaca1988
28Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan1987
29Pendidikan Teras Nasionalisme1986
30Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan1985
31Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan1984
32Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan1983
33Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu1982
34Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat1981
35Pendidikan Teras Perpaduan Negara1980
36Murid Sejahtera Negara Jaya1979
37Guru Pembentuk Generasi Akan Datang1978
38Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan1977
39Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan1976
40Guru dan Pembangunan Negara1975
41Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi1974
42Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan1973
43Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara1972

  • Majlis Pelancaran
Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru 2017 Peringkat Kebangsaan Ke-46 Tahun 2017 akan diadakan di Johor Bharu. Majlis ini akan diadakan di Educity Sports Comlex, Iskandar Puteri, Johor  16 Mei 2017.











0 comments:

Cuti Pertengahan Tahun 2017




                         Tarikh penggal dan cuti persekolahan di Malaysia ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM lazimnya mengumumkan takwim sekolah untuk tahun hadapan pada akhir tahun sebelumnya. Tarikh cuti dan penggal persekolahan diumumkan oleh KPM adalah sama bagi semua sekolah di seluruh negara. Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa tarikh-tarikh ini berbeza bergantung kepada negeri atau kawasan yang anda diami. Tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh KPM dipecahkan kepada dua kumpulan negeri – Kumpulan A dan Kumpulan B. Negeri-negeri Kumpulan A menetapkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu). Manakala, negeri-negeri Kumpulan B menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai hujung minggu (semua negeri dan kawasan lain).

Musim cuti sekolah di Malaysia adalah masa sesak dan sibuk bagi rakyat Malaysia untuk melancong di dalam negara atau luar negara. Jadi pastikan anda membuat perancangan percutian anda jauh lebih awal termasuk hotel dan penerbangan, supaya anda tidak terlepas peluang atau terpaksa membayar lebih mahal.
Tarikh-tarikh musim cuti sekolah 2017 di bawah adalah dari laman web KPM, jadi ianya merupakan tarikh-tarikh rasmi. Anda boleh memeriksa kesemua tarikh dengan skrol ke bawah. Jangan lupa untuk melihat jadual yang betul, sama ada Kumpulan A atau Kumpulan B.


Kumpulan A Cuti Sekolah 2017

(Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)
Tahun[Kumpulan A]MulaAkhir
2017Cuti Pertengahan Penggal 117 Mac 2017
(Jumaat)
25 Mac 2017
(Sabtu)
Cuti Pertengahan Tahun26 Mei 2017
(Jumaat)
10 Jun 2017
(Sabtu)
Cuti Pertengahan Penggal 225 Ogos 2017
(Jumaat)
2 Sep 2017
(Sabtu)
Cuti Akhir Tahun24 Nov 2017
(Jumaat)
31 Dis 2017
(Ahad)




Kumpulan B Cuti Sekolah 2017

(Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)
Tahun[Kumpulan B]MulaAkhir
2017Cuti Pertengahan Penggal 118 Mac 2017
(Sabtu)
26 Mac 2017
(Ahad)
Cuti Pertengahan Tahun27 Mei 2017
(Sabtu)
11 Jun 2017
(Ahad)
Cuti Pertengahan Penggal 226 Ogos 2017
(Sabtu)
3 Sep 2017
(Ahad)
Cuti Akhir Tahun25 Nov 2017
(Sabtu)
1 Jan 2018
(Isnin)
Sila lawat laman web rasmi moe.gov.my untuk pengumuman takwin sekolah rasmi bagi tahun 2017.

0 comments:

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017







                            Murid-murid SK Padang Jawa akan menjalani peperiksaan serentak 1 Malaysia pada 18hb Mei 2017 bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Jawi Tahap 1.  Seterusnya Tahap 1 dan Tahap 2 akan menjalani peperiksaan Pertengahan Tahun pada 22hb Mei - 26hb Mei 2017. Kami warga SKPJ mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan dan lakukan yang terbaik.











0 comments: