Guru Besar :

Pengetahuan Suluh Kemajuan

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

16 Mei yang keramat

Posted by ADMIN
Banyak sambutan hari-hari dalam bulan Mei ini, ada Hari Pekerja, Hari Jururawat, Hari Ibu dan macam-macam lagi yang berkaitan.  Yang paling penting ialah Sambutan Hari Guru. Setiap 16 Mei adalah hari keramat untuk guru. Hari tersebut adalah untuk mengenang jasa-jasa guru yang bekhidmat untuk mendidik anak bangsa.

Gambar sambutan Hari Guru 2012 SKPJ:
 klik di sini hariguruskpj2012 A
dan klik di sini hariguru2012 B


SK Padang Jawa akan menyambut Hari Guru pada 16 Mei.
Salam Hari Guru semua.

Untuk lagu Hari Guru boleh klik di sini A.

Untuk lagu lain yang berkaitan klik di sini B 

Secebis cerita sempena Hari Guru klik di sini C




.....
more »

Kursus di MSU

Posted by ADMIN
Gambar-gambar semasa kursus di MSU klik sini.

Satu kursus anjuran Mubalighah JAIS telah diadakan di MSU bergabung bersama SMK Seksyen 16.  Kursus ini bertemakan Guru Sebagai Pendidikan yang di syarahkan oleh 2 panel berkaliber.  Semoga guru-guru mendapat manfaat daripadanya.








....
more »

Pelajar maut disambar petir

Posted by ADMIN
Nurfarhana Abd Manan
3 April 2012
SERDANG – Seorang pelajar yang menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop,  masing-masing berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing-masing.
Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yang turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru.
“Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yang memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir.
“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang daripadanya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya lagi kepada Sinar Harian.
more »

Teknik menjawab Sains UPSR

Posted by ADMIN
Telah diadakan pada Sabtu, 31 Mac 2012,

semua pelajar tahun 6 adalah peserta.

Ceramah disampaikan oleh Cikgu Johari.

Selamat maju jaya.
more »

Kursus Learning management system(LMS)

Posted by ADMIN
Kursus LMS telah diadakan di makmal sains SKPJ,

Pada Sabtu 31 Mac 2012 ,

Semua guru adalah peserta.

Laman: http://192.168.1.181/
more »

Tahniah SKPJ

Posted by ADMIN2


Tahniah kepada dua murid SK Padang Jawa kerana berjaya sehingga ke peringkat Negeri Selangor dalam acara sepak takraw . Kedua-dua murid tersebut ialah Fariz Ameer dan Muhammad Izzat (murid Tahun 6). Kejohanan sepak takraw ini dijalankan di daerah Kuala Langat minggu yang lalu.
more »

10 Negara paling berpendidikan di seluruh dunia

Posted by ADMIN

Berikut adalah senarai 10 negara yang diiktiraf mempunyai rakyat paling berpendidikan di seluruh dunia. Laporan oleh OECD
1. Kanada
50% atau separuh warga Kanada berkelulusan universiti. Satu rekod yang sangat tinggi..berbanding Malaysia yang hanya 15% berkelulusan universiti. Bahasa pengantar utama pendidikan di Kanada adalah Bahasa Inggeris dan Perancis…..(wilayah Quebec dan New Brunswick menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa ilmu dari peringkat tadika hingga universiti)

2. Israel
45% warga Israel berkelulusan Universiti. Bahasa pengantar utama adalah bahasa Hebrew..namun pelajar juga diwajibkan lulus bahasa Inggeris dan Arab.

3. Jepun
44% warga Jepun berkelulusan universiti…dan Jepun hanya menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dari peringkat tadika hingga ke universiti. Namun pelajar digalakkan belajar bahasa asing seperti Korea,Cina,Inggeris,Jerman dan Russia.

4. Amerika Syarikat
41% warga Amerika berkelulusan universiti. Bahasa pengantar utama adalah bahasa Inggeris…namun ada sekolah di Amerika khususnya di negeri selatan seperti New Mexico, Florida, Arizona dan Texas menggunakan bahasa Sepanyol sebagai bahasa pengantar.

5. New Zealand
40% warga New Zealand berkelulusan universiti. Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar utama.

6. Korea Selatan
39% warga Korea Selatan berpendidikan universiti. Korea Selatan hanya menggunakan bahasa Korea sebagai bahasa pengantar utama di sekolah hingga ke universiti…namun pelajar digalakkan menguasai bahasa asing seperti Inggeris, Cina, Russia, Jepun dan sebagainya.

7. Norway
37% warga Norway berpendidikan tinggi. Norway juga menggunakan bahasa Norway sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah hingga universiti…namun pelajar diwajibkan lulus sekurang-kurangnya satu bahasa asing.

8. United Kingdom
37% warga Britain juga berpendidikan tinggi. Bahasa utama semestinya bahasa Inggeris…namun di Scotland dan Wales..ada usaha menjadikan bahasa Scottish dan Welsh sebagai bahasa pengantar utama di sekolah dan universiti terutama selepas Scotland dan Wales mendapat kuasa autonomi ekoran daripada “devolution of British Parliament”.

9. Australia
37% warga Australia berpendidikan tinggi dan bahasa utama adalah bahasa Inggeris. Australia juga dipuji kerana pada masa sekarang Australia adalah negara yang menjadi tumpuan pelajar antarabangsa.

10. Finland
37% warga Finland berpendidikan universiti.,.dan negara Finland hanya menggunakan bahasa Finland sebagai bahasa pengantar utama di sekolah hingga universiti.

Sumber : briged-akhdor.blogspot.com
more »

Berenang menuju ke sekolah

Posted by ADMIN

SUMBA TIMUR - Kita biasa mendengar murid-murid ke sekolah dengan berjalan kaki, tetapi lain halnya yang berlaku di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur apabila murid sekolah rendah di sini terpaksa mengharungi arus deras sungai semata-mata untuk menuntut ilmu.

Itulah pemandangan biasa yang berlaku setiap pagi apabila kira-kira 20 murid Sekolah Rendah Inpres (SDI) Maulumbi, Mukim Kanbera terpaksa berenang dalam keadaan telanjang bagi mengelakkan pakaian seragam dan buku sekolah mereka basah.

Bukan sahaja perlu mengenepikan rasa malu, murid-murid berumur tujuh tahun hingga 15 tahun itu juga terpaksa menyeberangi arus deras Sungai Maulumbi yang turut dihuni buaya untuk pergi dan balik dari sekolah.

Pelajar-pelajar itu terpaksa menanggalkan pakaian seragam sekolah dan kasut mereka bagi mengelakkan ia basah sebelum menyimpannya di dalam beg sandang yang turut diisi kelengkapan lain sekolah.

Mereka bukan sahaja akan berada di dalam sungai untuk tempoh 10 minit, tetapi juga terpaksa berenang di tengah sungai yang agak dalam.

Setelah tiba di seberang, mereka perlu memakai semula pakaian seragam dan kasut sekolah sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa.

Di tebing sungai, beberapa penjaga atau ibu bapa yang prihatin boleh dilihat menemani anak mereka, malah ada antaranya yang turut bersama menyeberangi sungai kerana bimbangkan keselamatan anak serta ancaman daripada buaya.

"Setiap pagi saya akan hantar anak menyeberangi sungai untuk ke sekolah. Saya juga akan menjemputnya pada waktu petang.

"Arus Sungai Maulumbi agak deras, buaya pula sering dilihat di sini. Saya bimbang akan keselamatan anak," kata Erlin Konda Nguna, 23.

Ibu muda itu berkata, murid-murid sekolah rendah yang tinggal di Sumba Timur juga terpaksa ponteng sesi persekolahan sekiranya banjir besar berlaku.

"Memang ada sampan di sini, tetapi hanya ada sebuah dan tidak mampu memuatkan semua orang pada satu-satu masa," katanya. - Agensi

sumber: utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_10.htm
more »

Salam Aidilfitri , Salam Merdeka, Salam Menempuh UPSR 2011...

Posted by ADMIN
Kali ini dibulan yang baik dan mulia ini, kita bakal menempuh hari-hari berkat-bersejarah-dan mencabar. Dalam tempoh dua bulan ini rakyat Malaysia akan menghadapi puasa ramdhan dan Aidilfitri, juga bulan Kemerdekaan Malaysia dan peperiksaan UPSR-PSRA bagi anak-anak Tahun 6 seluruh Malaysia.

Moga di bulan ramadhan ini kita mendapat keberkatan dari Nya.

Di bulan Kemerdekaan kita mengenal sejarah tanahair.

Cabaran UPSR dan PSRA kita berdoa kejayaan mereka.

Salam semua moga cekal menempuhnya.

...
Tarikh peperiksaan:
*UPSR - (13-15 Sept 2011)
*PSRA - (19-22 Sept 2011
more »

Niat Puasa , Doa Buka Puasa 2011

Posted by ADMIN




Lafaz niatLafaz pendek setiap malam:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap setiap malam:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Salam menempuh Ramadhan al Mubarak.
Semoga mendapat keberkatan.

Doa Berbuka Puasa:
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya : Ya Allah kerana Engkau aku telah berpuasa, kepada Engkau aku telah beriman, dan dengan rezki Engkau aku telah berbuka dengan rahmatMu, wahai sebaik-baik Pemberi Rahmat..Amin....


...
more »

Selamat Hari Guru 2011

Posted by ADMIN

Dalam Bulan Mei banyak hari yang akan disambut salah satunya adalah Hari Guru yang jatuh pada tanggal 16 Mei setiap tahun.
TEMA HARI GURU 2011
Guru Penjana Tranfomasi Pendidikan Negara.

IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


LAGU GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Lagu Guru Malaysia boleh nyanyi bersama-sama...selamat hari Guru.



....
more »