Guru Besar :

Pengetahuan Suluh Kemajuan

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Pengumuman Cuti Raya Haji

Posted by Unknown


Dengan ini diumumkan bahawa pihak sekolah akan bercuti sempena sambutan Hari Raya Haji pada 14 Oktober 2013 dan 15 Oktober 2013 dan sekolah akan beroperasi semula pada 16 Oktober 2013.



more »

Gotong Royong Menceriakan SK Padang Jawa

Posted by Unknown
  Pada hari sabtu yang lepas bersamaan 5 Oktober 2013, SK Padang Jawa telah menjalan aktiviti membersih dan menceriakan sekolah buat kali keduanya. Aktiviti berjaya di jalankan dengan menceriakan kawasan sekolah seperti melukis mural, mengecat semula bangunan, seperti Makmal Komputer, Makmal Sains, Bilik Kunseling dan sebagainya.























more »

Gerak Tari 1 Malaysia Murid Prasekolah

Posted by Unknown
     Murid Prasekolah SK Padang Jawa telah menyertai  Gerak Tari 1 Malaysia yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 Shah Alam, Selangor. pada hari Selasa bersamaan 1 Oktober 2013.  Aktiviti yang dijalan telah mendapat sambutan yang baik. Terdapat beberapa foto menarik sepanjang aktiviti ini dijalankan :-


























more »

RESTORAN DOMINOS PIZZA & KILANG BERAS — LAWATAN PRASEKOLAH SKPJ

Posted by Unknown
         Lawatan sambil belajar murid Prasekolah SK Padang Jawa telah berjalan dengan lancar pada hari Khamis bersamaan 26 September 2013 ke Restoran Domino Pizza dan Kilang Beras. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh murid seperti belajar cara membuat pizza dan juga mengetahui proses sebenar bagi menghasilkan beras pelbagai jenis. Lawatan disertai oleh 25 orang murid prasekolah dan 2 orang Guru serta diiringi 2 orang Pembantu Pengurusan Murid  bagi mengawasi dan menjaga keselamatan murid-murid sepanjang lawatan dijalankan. Beberapa foto kenangan dan gelagat murid prasekolah :-


















more »

Visi & Misi SKPJ

Posted by Unknown




VISI


Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera




MISI


Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Inspirasi Negara




more »

Sejarah Sekolah SKPJ

Posted by Unknown


SEJARAH SK PADANG JAWA



Asal Sekolah

Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Klang telah ditubuhkan dalam bulan Januari 1954. Pada14 Januari 1954, Tuan Pegawai Daerah iaitu Tuan Syed Hashim telah mengadakan Minggu Perlkhidmatan bagi mendirikan bangunan asas sekolah ini.



 Bentuk Fizikal Awal

     Panjang bangunan 60 X 20 kaki. Bangunan ini mempunyai 3 bilik darjah yang dibina dari kayu/papan dan berlantaikan simen dan berbumbungkan zing.

–                      Nama Asal Sekolah ini ialah Sekolah Umum Padang Jawa Klang. Pada mulanya ,mempunyai murid seramai 59 orang dan 2 orang guru. Aliran darjahnya dari darjah satu hingga darjah lima sahaja. Murid-murid yang naik ke darjah enam telah ditempatkan di sekolah klang bagi murid lelaki dan Sekolah Bukit Istana Klang bagi murid perempuan.

–                      Pada tahun 1967 barulah dimulakan darjah enam dengan murid seramai 15 orang. Oleh kerana sekolah tidak dapat menampung  jumlah murid yang  ramai maka dengan ikhsan Pejabat Agama, surau kampung serta balai raya telah digunakan untuk menempatkan murid darjah 5 dan 6.






  Pengasas Sekolah


•                       Pengasas Sekolah Kebangsaan Padang Jawa ialah Tuan Haji Zainal Bin Hj  Hassan. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1970 di Jalan Berangan Kampung Padang Jawa. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Klang sehingga tamat darjah 5 di Kampung itu beliau juga mendapat pendidikan agama melalui tuan Guru Hj Mahmud.


•                       Setelah  tamat darjah 5, beliau telah ditawarkan menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru, Klang. Pada sebelah petang beliau mengajar di kelas dewasa di Masjid Padang Jawa secara sukarela. Beliau juga mempunyai bakat sebagai tukang gunting rambut.


•       Tuan Hj Zainal telah dilantik sebgai Ketua Kampung dan dengan amanat ini beliau telah berazam untuk mendirikan sebuat sekolah di tempat kelahirannya itu. Berkat usaha girih beliau beserta rakan-rakannya maka terdirilah sebuah bangunan kayu secara gotong-royong bersama penduduk –penduduk pada tahun 1954 yang diberi nama Sekolah Umum Kampung Padang Jawa. Selepas itu bangunan itu telah diserahkan kepada pihak Inggeris yang berkuasa ketika itu.





    Sejarah Awal SK Padang Jawa



•                       Nama sekolah kebangsaan Padang Jawa adalah dikaitkan 
dengan nama kampung di mana terletaknya sekolah tersebut. Nama kampung Padang Jawa pula dipercayai telah ujud sejak awal abad ke 20. Pada ketika itu pembinaan jalan keretapi dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang yang pada masa itu dikenali sebagai Port Swettenham. Salah satu perhentiannya ialah Padang Jawa.


•                       Kampung Padang Jawa dipercayai diterokai oleh sekumpulan masyarakat Jawa terdiri dari 7 keluarga yang diketuai oleh Pak Kairan yang mencari penempatan baru dan mendapati itu sesuai untuk dijadikan sebagai perkampungan. Justeru itu mereka mengambil keputusan menetap di situ. Mereka pun mula membersihkan satu kawasan lapang yang merupakan sebuah padang. Berdasarkan keadaan itulah mereka berpakat menamakan kawasan itu Kampung Padang Jawa. Mereka terus menetap dan mengusahakan tanaman tembakau.


•                       Kampung yang letaknya lebih kurang 6 km dari bandar Diraja Klang itu sebenarnya berhampiran dengan tempat kediaman orang asli yang dikenali dengan nama Air Kuning. Walaubagaimanapun hal itu tidak menjadi masalah kerana masyarakat asli itu menetap jauh ke dalam hutan. Mereka memilih kawasan itu berdasarkan kemudahan untuk mendapatkan sumber air dari Sungai Klang. Sungai Klang pada masa itu merupakan jalan utama bagi menghubungkan mereka dengan tempat-tempat lain.  Setahun demi setahun berlalu, komuniti yang sedia ada semakin berkembang samada dari keluarga itu sendiri atau dari penghijrahan orang luar. Selepas pemerintahan Jepun, kepentingan mengenai pendidikan mula dititikberatkan. Maka wujudlah sebuah sekolah di kampung itu pada tahun 1954.



 Perkembangan Hingga Kini.                 


•                       SK Padang Jawa mula dibina pada tahun 1954, mempunyai sebuah bangunan yang merangkumi 3 buah bilik darjah. Bangunan ini dibina dari kayu/papan dan beratapkan zing. Pada tahun 1968 bangunan lama diruntuhkan dan diganti dengan sebuah bangunan baru yang mempunyai 4 buah bilik darjah, sebuah bilik pejabat guru besar dan sebuah kantin. Kemudahan tandas pam dan paip air dipertingkatkan. Sekolah telah mendapat bekalan elektrik pada tahun 1975 dan mendapat perkhidmatan telefon pada tahun 1976.


•                       Pada tahun1983, sekolah telah mendapat sebuah lagi bangunan tambah 2 tingkat bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan saiz kantin yang sedia ada terpaksa dibesarkan iaitu pada tahun 1984.  Oleh kerana sekolah sering dilanda banjir kilat, kali pertama dalam tahun 19982, maka tembok telah dibina di sekeliling kawasan sekolah bertujuan mencegah air melimpah masuk ke dalam kawasan sekolah.Pada tahun 1985, tempat mengambil wuduk telah dibina dan pada tahun 1986 tempat perhimpunan yang sedia ada (padang berpasir) telah diratakan dengan batu kerikil dan diturap tar.


•                       Sebuah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah dibina pada tahun 1988 dan digunakan sepenuhnya pada tahu yang sama. Pada tahun 1992, sekolah mendapat dua buah blok yang mengandungi 4 buah bilik darjah dan sebuah lagi yang mengandungi 2 buah bilik darjah pada tahun berikutnya.   Pada tahun 1994, sebuah bangunan yang mengandungi 12 buah bilik darjah telah dibina dan ini bermakna sekolah tidak lagi mempunyai padang permainan yang mencukupi bagi menampung bilangan








more »

Makluman Tarikh Peperiksaan Akhir Tahun 2013

Posted by Unknown
             
                   Peperiksaan akhir tahun bagi tahap 1 akan dijalankan pada 8 Oktober 2013 - 11 Oktober 2013 bagi murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Oleh yang demikian, diharap pihak tuan/puan dapat memberi perhatian terhadap perkara diatas dan mengambil tindakan berkatan persediaan peperiksaan untuk anak tuan/puan. Jadula peperiksaan telah ditampal di dalam setiap kelas. Tarikh yang dinyatakan juga adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarng notis. Pihak tuan/puan boleh melihat keputusan peperiksaan secara online paling lewat 2 minggu selepas peperiksaan dijalankan melalui lawan we http://www.saps.moe.gov.my



more »

KFC datang !

Posted by Unknown
               SK Padang Jawa telah mengadakan program bersama pihak Kentucky Fried Chicken (KFC) pada 22 Setember 2013. Murid-murid juga berpeluang beramah mesra dengan ikon maskot selebriti KFC yang popular iaitu ‘Chicky. Selain berhibur, kedua-dua maskot itu juga sempat memberikan tips nasihat kepada semua  murid-murid agar sentiasa menjadikan amalan membaca buku sebagai tabiat murni dalam usaha menuntut ilmu. Program ini dilihat dapat merapatkan hubungan SKPJ dengan syarikat-syarikat korporat luar dalam usaha bersama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan murid dan sekolah amnya.




more »

Karnival Kokurilkulum SK Padang Jawa Tahun 2013

Posted by Unknown
            Sekolah telah menganjurkan Karnival Kokurikulum pada hari Sabtu bersamaan 21 September 2013 dengan jayanya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan kawad yang dibantu oleh pelajar UITM Shah Alam, pertandingan mewarna, menyanyi, bersajak dan sebagainya. Objektif aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menyemai kesedaran pelajar terhadap kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti di luar bilik darjah. Selain itu, dapat menyeimbangkan antara perkembangan mental dan perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar. Disamping dapat mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan pelajar dan guru.


















more »

Hari Sukan Sekolah

Posted by Unknown
           Sekolah Kebangsaan Padang Jawa telah mengadakan aktiviti tahunan iaitu Hari Sukan Sekolah pada hari Khamis bersamaan 13 Jun 2013 di Stadium Kompleks Sukan Negara Seksyen 20 dengan jayanya. Acara balapan dan perbarisan sahaja yang dipertandingkan kerana acara lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru telah diadakan di Sekolah seminggu sebelum Hari Sukan Sekolah diadakan. Pemenang rumah sukan keseluruhan pada tahun 2013 ialah rumah Alfa (biru) diikuti rumah Sigma (Merah), Beta (Hijau) dan Gamma(Kuning). Tahniah!











more »

Laman Penting Guru

Posted by ADMIN

(Hanya klik link di bawah, semoga membantu).

*. Pengisian Markah SAPS Online:
http://saps.moe.gov.my/access-denied.php

*. Pengisian Markah Linus KSSR:
http://nkra.moe.gov.my/

*. E-Penyata Gaji Online:
http://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

*. E-pertukaran Guru:
http://apps.moe.gov.my/eoperasi

*. EMIS maklumat Guru:
http://emisonline.moe.gov.my/

*Dokumen standard KSSR
http://www.moe.gov.my/bpk

*SGM, standard guru msia
http://apps1.moe.gov.my/sgm/

*. Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) Online:
http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/

*.Pengisian Markah KSSR/ SPBS:(utk Guru Thn1 dan 2):
http://apps.moe.gov.my/sppbs/

*. Pengisian Markah SAPS Online:(utk thn 4-6)
http://saps.moe.gov.my/access-denied.php

*. Pengisian Markah Linus KSSR:
http://nkra.moe.gov.my/

*. E-Penyata Gaji Online:
http://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

more »