Inisiatif Jalur Lebar Negara
Pakej Komunikasi Belia (Rebat 200)
Syarat-syarat kelayakan permohonan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200)
Menurut SKMM senarai ini akan ditambah dari semasa ke semasa. Melalui Pakej Komunikasi Belia ini juga pelbagai syarikat telekomunikasi akan menawarkannya. Ia turut serta dengan kerjasama pengedar rasmi yang mana akan memaparkan banner khas pada kedai mereka.
Pendaftaran untuk rebat sebanyak RM200 ini akan bermula daripada 1 Januari 2013 akan datang dan boleh mendaftar melalui laman rasmi SKMM. Syarat untuk mendapatkan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200) ini ialah :-
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun
- Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
- Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
- Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu
- Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
Update : Semalam (2/1/2013) Hasil daripada desakkan belia dan mesyuarat yang diadakan kementerian, kerajaan semalam telah bersetuju dan mengumumkan Rebat RM200 dalam Pakej Komunikasi Belia boleh digunakan untuk membeli semua jenis telefon pintar bagi belia yang berumur 21 hingga 30 tahun ke atas. Sebelum ini seperti post diatas hanya 23 jenis telefon pintar dibawah harga RM500 sahaja yang dibolehkan dibeli dengan Rebat RM200.
Update : (12/1/2013) Mengikut angka terkini yang dikongsikan pihak SKMM sendiri, ia dikatakan mereka telah melantik lebih 1000 wakil jualan di seluruh negara sehingga hari ini, dan angka wakil jualan ini akan meningkat dari hari ke hari. Daripada laporan rasmi yang dikeluarkan oleh SKMM, mereka mengatakan terdapat lebih 28 jenis telefon yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi dibawah Pakej Komunikasi Belia ini. Namun, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Bernama dan dipetik oleh Harian Metro dan juga Sinar Harian, diperkatakan lebih 70 model telefon pintar boleh dipilih belia melalui Pakej Komunikasi Belia. Berikut adalah 28 model yang dimaksudkan :
- Apple iPhone
- Samsung Galaxy S3
- Samsung Galaxy Mini 2
- Samsung Galaxy S3 Mini
- Samsung Galaxy Y
- Samsung Galaxy Note 2
- Samsung Galaxy Ace Plus
- Samsung Galaxy Note
- Samsung Galaxy Nexus
- LG Optimus LE E400
- HTC Desire C
- HTC One X
- HTC Wildfire S
- HTC Desire X
- HTC One S
- Nokia Asha 311
- Sony Xperia Tipo Single
- Sony Xperia SL
- Sony Xperia Ion
- Sony Xperia S
- Huawei Ascend P1
- HTC Windows Phone 8X
- Ninetology BlackPearl 2 i9400
- Ninetology Stealth 2 i9500
- Palette i5300
- ZTE Acqua
- Yes Buzz 4G Cloud Phone
- Insight i9430
SYARAT TUNTUTAN & PERINGATAN:
1. Slip penebusan rebat ini akan luput pada 30 hari selepas permohonan.
2. Sila bawa kad pengenalan /kad kuasa / kad pelajar dan slip ini (jika ada) semasa membuat tuntutan di wakil pengedar.
3. Penebusan rebat ini HANYA boleh dituntut melalui wakil-wakil pengedar yang dilantik oleh syarikat telekomunikasi yang terlibat. (Sila rujuk laman sesawang syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan senarai harga model telefon dan wakil pengedar)
4. Hanya untuk telefon pintar 3G pasca bayar, pra bayar atau penukaran telefon bagi pelanggan pakej data sedia ada yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi sahaja.
5. Permohonan semula hanya dibenarkan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh permohonan.
Senarai syarikat telekomunikasi yang terlibat :
0 comments: