Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

                  

              Sekolah Kebangsaan Padang Jawa telah menjalankan Sambutan Hari Kanak-kanak sedunia diperkarangan sekolah pada hari Khamis bersamaan 17 Oktober 2013. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti senamrobik dari murid Prasekolah SK Padang Jawa, aktiviti bersama KFC dan sebagainya dengan meriah dan jayanya. Sambutan dirasmikan oleh Guru Besar SK Padang Jawa, En. Mohd Rozali bin Senik.

              Kanak-kanak merupakan anugerah yang berharga untuk kita. Mereka juga adalah generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Di Malaysia, perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di stadium Negara iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman di kalangan kanak-kanak seluruh dunia. Hari Kanak-Kanak peringkat kebangsaan telah berlangsung di Perbadanan Putrajaya pada 19 Oktober 2012 dan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dengan temaKarisma Kanak-kanak: Serlahkan Potensimu  


















0 comments: