Tatacara Pelupusan Aset

 PELUPUSAN



      Pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan,
kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan.





OBJEKTIF

Pelupusan aset Kerajaan bertujuan untuk memastikan Jabatan Kerajaan 
tidak menyimpan aset yang tidak boleh diguna atau tidak diperlukan,menjimatkan ruang 
simpanan/pejabat, mendapatkan hasil pulangan yang terbaik, dan
membolehkan aset milik Kementerian/Jabatan dipindahkan ke Kementerian/Jabatan yang lain 
atas sebab-sebab tertentu.






JUSTIFIKASI PELUPUSAN

Aset boleh dilupus berdasarkan justifikasi berikut:-

(a) Tidak Ekonomi Dibaiki;
(b) Usang/obselete;
(c) Rosak dan tidak boleh digunakan;
(d) Luput tempoh penggunaan;
(e) Keupayaan aset tidak lagi di peringkat optimum;
(f) Tiada alat ganti;
(g) Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan;
(h) Disyor selepas pemeriksaan aset;
(i) Tidak lagi diperlukan oleh Jabatan;
(j) Perubahan teknologi; dan
(k) Melebihi keperluan.






KUASA MELULUS


Kuasa untuk meluluskan pelupusan adalah seperti berikut:-




25.1 Perbendaharaan


(a) Nilai perolehan asal satu aset melebihi RM50,000 atau jumlah
keseluruhannya melebihi RM500,000


(b) Semua kaedah pelupusan tanpa mengira nilai perolehan asal
seperti berikut:-

(i) Hadiah
(ii) Pindahan dari Jabatan Persekutuan ke Negeri
(iii) Tukar Beli (trade-in)
(iv) Tukar Barang (barter-trade)
(v) Kaedah lain pelupusan yang tidak dinyatakan dalam tatacara ini.




25.2 Kementerian/Jabatan


(a) Nilai perolehan asal satu aset tidak melebihi RM50,000 atau
jumlah keseluruhannya tidak melebihi RM500,000; dan
(b) Pindahan aset di antara Jabatan Persekutuan bagi nilai perolehan asal tidak 
melebihi RM50,000 setiap satu atau jumlah keseluruhannya tidak melebihi RM500,000.



25.3 Pegawai-pegawai yang diwakilkan kuasa di bawah Seksyen 17, Akta
Acara Kewangan 1957 tidak boleh mewakilkan kuasa selanjutnya
kepada mana-mana pegawai lain sebagaimana Arahan Perbendaharaan
yang sedang berkuatkuasa.

















0 comments: