Kejohanan Sukan Tahunan SK Padang Jawa 2014

    Pada hari Khamis bersamaan 19 Jun 2014 telah diadakan Kejohanan Sukan Tahunan SK Padang Jawa 2014 bertempat di Stadium Shah Alam Seksyen 13. Semua guru, kakitangan PIBG dan murid SK Padang Jawa terlibat dalam menjayakan aktiviti yang julung kali dianjurkan oleh sekolah pada setiap tahun. Aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar dan disambut meriah oleh kehadiran ibubapa bagi menyuntik semangat murid dalam pertandingan yang diwakili oleh para pelajar.

     Antara acara yang dipertandingkan ialah acara balapan seperti larian 50m, 80m, 100m, 200m dan 400m secara individu serta larian berganti. Manakala, acaran lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru telah diadakan pada bulan Mei. Setiap mata yang diperoleh dari penyertaan pelajar dalam setiap acara dipertandingkan dikumpul mengikut rumah sukan yang diwakili .Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah telah berjalan dengan lancar  Tahniah! Kemenangan telah berpihak kepada rumah Sigma (Merah).













































































sukarelawan






0 comments: