Cuti Pertengahan Tahun 2017




                         Tarikh penggal dan cuti persekolahan di Malaysia ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM lazimnya mengumumkan takwim sekolah untuk tahun hadapan pada akhir tahun sebelumnya. Tarikh cuti dan penggal persekolahan diumumkan oleh KPM adalah sama bagi semua sekolah di seluruh negara. Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa tarikh-tarikh ini berbeza bergantung kepada negeri atau kawasan yang anda diami. Tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh KPM dipecahkan kepada dua kumpulan negeri – Kumpulan A dan Kumpulan B. Negeri-negeri Kumpulan A menetapkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu). Manakala, negeri-negeri Kumpulan B menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai hujung minggu (semua negeri dan kawasan lain).

Musim cuti sekolah di Malaysia adalah masa sesak dan sibuk bagi rakyat Malaysia untuk melancong di dalam negara atau luar negara. Jadi pastikan anda membuat perancangan percutian anda jauh lebih awal termasuk hotel dan penerbangan, supaya anda tidak terlepas peluang atau terpaksa membayar lebih mahal.
Tarikh-tarikh musim cuti sekolah 2017 di bawah adalah dari laman web KPM, jadi ianya merupakan tarikh-tarikh rasmi. Anda boleh memeriksa kesemua tarikh dengan skrol ke bawah. Jangan lupa untuk melihat jadual yang betul, sama ada Kumpulan A atau Kumpulan B.


Kumpulan A Cuti Sekolah 2017

(Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)
Tahun[Kumpulan A]MulaAkhir
2017Cuti Pertengahan Penggal 117 Mac 2017
(Jumaat)
25 Mac 2017
(Sabtu)
Cuti Pertengahan Tahun26 Mei 2017
(Jumaat)
10 Jun 2017
(Sabtu)
Cuti Pertengahan Penggal 225 Ogos 2017
(Jumaat)
2 Sep 2017
(Sabtu)
Cuti Akhir Tahun24 Nov 2017
(Jumaat)
31 Dis 2017
(Ahad)




Kumpulan B Cuti Sekolah 2017

(Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)
Tahun[Kumpulan B]MulaAkhir
2017Cuti Pertengahan Penggal 118 Mac 2017
(Sabtu)
26 Mac 2017
(Ahad)
Cuti Pertengahan Tahun27 Mei 2017
(Sabtu)
11 Jun 2017
(Ahad)
Cuti Pertengahan Penggal 226 Ogos 2017
(Sabtu)
3 Sep 2017
(Ahad)
Cuti Akhir Tahun25 Nov 2017
(Sabtu)
1 Jan 2018
(Isnin)
Sila lawat laman web rasmi moe.gov.my untuk pengumuman takwin sekolah rasmi bagi tahun 2017.

0 comments: