Pengetahuan Suluh Kemajuan
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Lawatan pada 16, 17, dan 18 November di Hatyai dan Songkhla, Thailand disertai oleh Guru Besar, guru-guru dan kakitangan serta PIBG SK Padang Jawa.
more »
Pada 14 November 2013 bersamaan Khamis, keputusaan UPSR seluruh Malaysia telah diumumkan keputusannya dan slip keputusan diambil dari guru setiap kelas di dewan SK PADANG JAWA..
Seramai 5 orang Pelajar mendapat keputusan cemerlang 5A dan menunjukkan peningkatan dari semua subjek teras yang diambil oleh para pelajar. Tahniah!
more »
Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 13.11.2013. Ibubapa hadir bagi meraikan kejayaan dan kecemerlangan para pelajar SK Padang Jawa.
more »
Pada hari Khamis bersamaan 24 Oktober 2013, SKPJ telah mengadakan Hari Terbuka keputusan peperiksaan akhir tahun bagi semua murid tahap 1, 2 dan Prasekolah. Ibubapa murid hadir bagi menandatangani buku laporan keputusan periksa setiap pelajar dan berjumpa dengan guru kelas masing-masing. Alhamdulillah, Hari Terbuka SKPJ berjalan lancar tanpa sebarnag masalah.
more »
Sekolah Kebangsaan Padang Jawa telah menjalankan Sambutan Hari Kanak-kanak sedunia diperkarangan sekolah pada hari Khamis bersamaan 17 Oktober 2013. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti senamrobik dari murid Prasekolah SK Padang Jawa, aktiviti bersama KFC dan sebagainya dengan meriah dan jayanya. Sambutan dirasmikan oleh Guru Besar SK Padang Jawa, En. Mohd Rozali bin Senik.
Kanak-kanak merupakan anugerah yang berharga untuk kita. Mereka juga adalah generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Di Malaysia, perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di stadium Negara iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman di kalangan kanak-kanak seluruh dunia. Hari Kanak-Kanak peringkat kebangsaan telah berlangsung di Perbadanan Putrajaya pada 19 Oktober 2012 dan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dengan temaKarisma Kanak-kanak: Serlahkan Potensimu
more »
Pada hari Rabu bersamaan 16 Oktober 2013 telah berlangsungnya Sambutan Hari Raya Qurban di Laman Bestari Sekolah Kebangsaan Padang Jawa. Guru, Kakitangan dan Ibubapa bergotong-royong menyembelih, melapah dan memasak 2 ekor daging lembu Qurban dengan jayanya. Juadah yang disediakan diberikan kepada para pelajar, guru, kakitangan serta ibubapa bagi mengeratkan lagi silaturrahim warga SKPJ. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
more »